suria

Sari Yanti semakin baik, terima kasih atas doa

Sari Yanti berada dalam keadaan baik selepas alami keguguran.

PELAKON Sari Yanti memberitahu dia berada dalam keadaan baik selepas mengalami keguguran pada Isnin lalu.

Isteri kepada pelawak Jep (Sepahtu) itu turut mengucapkan terima kasih atas kiriman doa dan kata-kata semangat kepada dia dan keluarga.

"Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya nak ucapkan terima kasih atas kiriman doa yang baik dan kata-kata semangat buat saya dan keluarga.

"Saya doakan kebaikan untuk semua juga. Keadaan saya semakin baik dan sekarang tengah berpantang," ujarnya menerusi Instagram pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sari Yanti keguguran ketika kandungan masuk tiga bulan

Sari Yanti bersama suami dan anak-anaknya.

Pada Isnin lalu, Jep memaklumkan bahawa isterinya menjalani pembedahan selepas disahkan keguguran kandungan yang baharu memsuki tiga bulan.

Jep berkata, dia diberitahu bayi dalam kandungan isterinya tidah bergerak selepas membuat pemeriksaan di hospital.

Sari Yanti dan Jep berkahwin paa 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan Dariya Inara yang kini berusia 11 bulan.

Pada perkahwinan sebelum ini, Sari mempunyai dua cahaya mata lelaki.

Sari Yanti, Jep Sepahtu

Artikel Lain