suria

Elizabeth Tan tak percaya benda mistik selagi tak alaminya sendiri!

Kru produksi memberitahu Elizabeth mengenai kejadian mistik yang berlaku ketika dia tidak berada di set penggambaran. Foto: AFIQUE YUSOFF.

PELAKON dan penyanyi Elizabeth Tan memberitahu dia bukan seorang yang mempercayai kisah atau perkara mistik melainkan ia berlaku kepada dirinya sendiri.

Menurut Elizabeth, 26, kru produksi Misteri Delaila ada bercerita kepadanya mengenai aktiviti paranormal yang berlaku ketika penggambaran filem itu namun ketika dia tiada di tempat kejadian.

Cerita Elizabeth, dia diberitahu mikrofon di set secara tiba-tiba terpasang sendiri sebelum terdengar suara wanita berbisik sedangkan ketika itu tidak ada sesiapa yang berada di lokasi.

"Saya tidak percaya sangat 'benda-benda' mistik macam sebab tak pernah mengalaminya sendiri. Ada la kru produksi cerita masa penggambaran saya tak terlibat, ada sesuatu yang berlaku.

Elizabeth hanya takut sekiranya melihat secara visual.

"Mereka beritahu yang mikrofon di set tiba-tiba terpasang sendiri dan terdengar suara wanita seakan berbisik sedangkan waktu itu tiada orang pun di sana.

"Pelik juga sebab bila dah tak ada orang di set baru perkara itu terjadi sebab itu saya tak berapa percaya sangat," katanya kepada mStar Online.

Elizabeth berkongsi kisah itu ketika ditemui di malam gala filem Misteri Delaila di MM Cineplex, E@Curve, Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Semua Sudah ini memberitahu dia bukanlah seorang yang terlalu berani namun hanya akan berasa takut sekiranya melihat perkara mistik itu secara visual.

Elizabeth Tan memegang watak sebagai Delaila menerusi filem Misteri Delaila.

"Kadang-kadang saja berani, tetapi kalau Misteri Dilaila saya tak berani tengok. Sebab senang ingat visual.

"Melainkan, kalau sekadar dengar bunyi saya tak adalah takut sangat," ujarnya.

Selain Elizabeth, filem arahan Syafiq Yusof ini turut dibintangi Zul Ariffin dan Sasqia Dahuri dan sudah ditayangkan di pawagam bermula 21 Februari.

Elizabeth Tan, Misteri Delaila

Artikel Lain