suria

Digelar penyanyi suara 'autotune', Zaim Ajmal ambil kritikan perbaiki diri

Zaim mengambil segala kecaman secara positif. Foto AFIQUE YUSOFF.

PENYANYI baharu Zaim Ajmal sedia menerima sebarang kecaman atau kritikan netizen berhubung isu dia dituduh menggunakan teknik 'autone' untuk mendapatkan suara yang lebih sedap di dalam lagu.

Zaim, 20, berkata, dia sedar dengan kritikan tersebut kerana ada membaca komen di Instagram namun mengambil perkara itu sebagai positif dalam memperbaiki dirinya sebagai pendatang baharu dalam bidang muzik.

"Bagi saya sendiri sudah bersedia dengan apa yang akan datang selepas ini. Apa-apa pun, saya mengharapkan semuanya berjalan dengan lancar.

Suara Zaim dikatakan menggunakan autotune.

"Buat masa sekarang ini, saya ada la juga terbaca komen-komen di Instagram saya... Ada yang kecam sebab kata suara saya sekadar 'autotune' saja.

"Tapi saya tak balas, cuma ambil semua itu secara positif dan baiki apa yang tidak elok serta usaha yang terbaik," katanya kepada mStar Online.

Zaim ditemui ketika majlis pelancaran muzik video single pertamanya berjudul Gadees di TGV Cinemas, One Utama, Petaling Jaya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Zaim yang bermula dengan hanya cover lagu-lagu penyanyi lain di laman sosial ini menyimpan impian untuk membuka kedai gunting rambut.

Zaim simpan impian nak buka kedai gunting rambut.

Menurut Zaim, selain meminati bidang nyanyian dan teringin menceburi lakonan,  dia juga gemar mengunting rambut.

"Buat masa sekarang ini, saya nak fokus dahulu bidang nyanyian. Kalau ada rezeki, nak juga cuba berlakon sebab saya minat juga dalam bidang lakonan.

"Dalam pada masa yang sama, saya nak kumpul duit untuk buka kedai gunting rambut sebab minat dan memang simpan impian untuk ada kedai sendiri," ujarnya.

Zaim Ajmal

Artikel Lain