suria

Mawar mengidam, Raf pula naik berat badan!

Raf Yaakob dan Mawar Rashid bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Foto Instagram @rafyaakob

KEBIASAANNYA wanita yang sedang hamil pasti akan mengalami pertambahan berat badan, namun berbeza pula dengan suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob.

Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 34, mendedahkan sejak Mawar hamil dia sukar untuk mengekalkan berat badan idealnya kerana setiap kali isterinya mengidam untuk menikmati sesuatu hidangan, Mawar kebiasaannya hanya akan makan sedikit sahaja.

Akibatnya, dia akan menghabiskan makanan tersebut kerana tidak mahu membazir.

"Dugaaan terbesar waktu Mawar mengandung adalah nak mengekalkan berat badan yang ideal.

Raf berkongsi pengalaman mengenai berat badannya yang meningkat.

"Melayan Mawar punya mengidam, dia makan dua tiga sudu sahaja. Raf tak sampai hati membazir, Raf habiskan je la," katanya di Instagram.

Dalam pada itu, Raf memberitahu sebelum ini berat badannya kekal di antara 70 ke 72 kilogram (kg) sahaja dan sejak Mawar hamil ia pernah naik sehingga 79 kg.

"Sepanjang Mawar hamil ni, berat Raf naik turun macam rollercoaster. Dari 70 kg pernah naik sampai 79 kg dan sekarang 76 kg," ujarnya.

Raf dan Mawar berkahwin pada 9 November 2017 dan bekas peserta Dewi Remaja itu sedang sarat hamil anak pertama mereka dan dijangka bersalin pada Mac ini.

Adik kepada Datuk Fazley Yaakob itu turut mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, yang berumur lapan tahun dan Raden Seri Raysaa Chanela, empat tahun.

Raf Yaakob, Mawar Rashid

Artikel Lain