suria

Pembantu peribadi Black Hanifah hilang 5 hari, muncul dalam keadaan misteri

Black lega pembantu peribadinya, Muhammad Adib Adha (kanan) sudah pulang selepas lima hari walaupun dalam keadaan misteri.

KEHILANGAN pembantu peribadi penyanyi Black Hanifah akhirnya terjawab apabila pemuda bernama Muhammad Adib Adha itu pulang ke rumah dalam keadaan selamat.

Black berkata, dia lega apabila pencaraian tersebut berakhir dengan baik biarpun menimbulkan kebimbangan ramai pihak kerana Muhammad Adib gagal dikesan selama lima hari.

"Kali terakhir jumpa dia pada malam Jumaat lalu dan selepas itu Sabtu dia tidak datang kerja.


Black meminta bantuan orang ramai mengesan pembantu peribadinya yang hilang sejak Jumaat lalu.

"Saya sangka dia sakit tapi pada Ahad mak dia yang tinggal berhampiran dengan rumah kami datang untuk cari dia.

"Kami sangat risau, dia keluar sehelai sepinggang sahaja... katanya mahu main badminton tapi lima hari sudah hilang." ujarnya kepada mStar Online.

Sejak Rabu beberapa rakan-rakan artis memuat naik foto Muhammad Adib dan meminta orang ramai yang mempunyai info tentang lelaki terbabit menghubungi keluarganya dan Black.

Tapi yang peliknya dia seperti tidak tahu apa yang berlaku dan katanya melihat orang memancing dan keluar dua jam sahaja sedangkan sebenarnya sudah seminggu dia hilang.

BLACK HANIFAH

PENYANYI

Black berkata, keluarga Muhammad Adib sudah membuat laporan polis dan mencarinya di lima buah hospital berdekatan.

Bagaimanapun, Black berkata dia baharu sahaja mendapat maklumat bahawa pembantunya itu sudah balik ke rumah awal pagi Khamis.

Kata Black, dia bersyukur lelaki itu balik dalam keadaan yang selamat biarpun kehilangannya meninggalkan tanda tanya.

"Alhamdulillah, saya diberitahu dia baru sahaja balik ke rumah dalam keadaan selamat.

"Tapi yang peliknya dia seperti tidak tahu apa yang berlaku dan katanya melihat orang memancing dan keluar dua jam sahaja sedangkan sebenarnya sudah seminggu dia hilang," ujarnya.

Black Hanifah

Artikel Lain