suria

Tiada masalah kesihatan tapi dah 6 tahun tak ada anak... Farawahida cuba rawatan tradisional

Farawahida mencuba rawatan cara tradisional untuk mendapatkan zuriat.

ENAM tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Farawahida berkata dia masih bersabar dan reda menanti rezeki dikurniakan zuriat.

Menurut Farawahida, 33, dia dan suami Abdul Shukur sudah menjalani pemeriksaan pakar dan mencuba rawatan secara tradisional.

"Kami sama seperti pasangan lain yang sudah berkahwin mestilah mahu mempunyai anak, kami sudah melakukan pemeriksaan kesihatan dan tiada masalah tentang hal itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Masih Bahagia” - Farawahida

"Ada yang bagi nasihat supaya saya jangan terlalu aktif dengan aktiviti lasak tapi itu bukan punca susah hamil, kawan-kawan saya yang turut mempunyai hobi sama boleh saja mengandung.

Farawahida dan suami bahagia melayari alam perkahwinan.

"Saya pun sudah mencuba rawatan secara tradisional tapi masih belum ada rezeki dan sekarang ini saya tak mahu terlalu mengharap, kalau ada... ada!," katanya kepada mStar Online.

Bekas peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelima (GV5) ini ditemui semasa Hari Penghargaan Zarraz Paramedical 2019 yang diadakan di Hotel Summit, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Farahwahida dan Abdul Shukur Mohd Zain diijabkabulkan di Sentosa Villa Resort, Taiping, Perak pada 16 Disember 2013.

Dalam pada itu, Farawahida memberitahu dia lebih selesa untuk tidak berkongsi hal rumah tangga di laman sosial.

Farawahida jarang berkongsi kisah rumah tangga di laman sosial.

Ujarnya, masalah itu haruslah diselesaikan secara dalaman dan bukannya diluahkan secara terbuka sehingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat.

"Saya memang jarang berkongsi mengenai rumah tangga di media sosial, apa yang saya lalui dengan suami biarlah antara kami sahaja yang tahu.

"Bagi saya, setiap individu ada pilihan dan cara tersendiri untuk meluahkan sesuatu perkara. Kita manusia mesti ada perasaan marah dan sedih, cuma boleh kawal atau tidak saja.

"Yang lucunya, apabila jarang muat naik foto bersama suami, orang kata kami dah bercerai pula, padahal kami masih bahagia bersama,” katanya.

Farawahida

Artikel Lain