suria

Isteri buka rahsia tiga hari sebelum konsert Lan Solo

Isteri meminta Lan supaya mendengar cakap dan arahannya tiga hari sebelum showcase berlangsung. Foto Instagram: @sheilarazlan.

ISTERI kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim mengakui bukan mudah untuk menjadi pengarah projek untuk Lan Solo Next Level Showcase.

Sheila yang mengelar dirinya sebagai KY, 34, berkata tiga hari sebelum persembahan berlangsung dia sudah berpesan agar penyanyi itu mengikut arahannya.

Bagaimanapun, katanya, Lan secara tiba-tiba mempunyai banyak idea seolah-olah menempah makanan di kedai makan.

"Beberapa jam sebelum konsert bermula. Sudah tentu bukan mudah apabila anda menjadi pengarah projek. Tiba-tiba rasa 'weh! Kenapa aku ambil kerja ni ha?'.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan jerawat, rupa-rupanya bisul bengkak sampai tak boleh duduk - Isteri Lan Solo


Isteri dedah bukan mudah menjadi pengarah projek showcase Lan.

"Tekanan di semua tempat. Mari saya pecahkan rahsia sikit. Tiga hari sebelum hari konsert, KY pesan siap-siap kat Lan, 'You tolong la dengar cakap I dan ikut arahan I'.

"Jangan nak tambah segmen atau kurangkan segmen dah. KY dah tak larat nak tukar. Tah apa mimpi Lan tah, macam-macam pula idea datang. Dia tempah je, dia ingat kedai mamak? Tempah terus sampai," katanya.

Sheila mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagramnya selepas tujuh hari showcase suaminya itu berlangsung pada 3 Mac lalu di MaTic, Kuala Lumpur.

Seramai sekitar 400 orang telah hadir memenuhi ruang dewan untuk menyaksikan persembahan lagu-lagu hit sejak zaman awal kemuculan Lan dalam industri muzik tanah air hingga ke lagu-lagu terbarunya.

Dalam pada itu, Sheila meluahkan rasa syukur mempunyai pasukan yang membantu dari segala segi memandangkan dia perlu dua kali memikirkan semua perkara.

Sheila bersyukur mempunyai pasukan yang membantunya dari segala segi.

Sheila juga berseloroh meminta suaminya membayar gaji sebanyak tiga kali ganda sekiranya perlu melakukan kerja yang sama selepas ini.

"Dia suami dalam masa sama dia artis. Semua benda kena fikir dua kali. Tapi Alhamdulillah, team sangat membantu dari segala segi.

"Selepas ini kalau nak buat lagi, saya nak minta gaji tiga kali ganda. Tak ada tiga kali ganda, aku tak buat! Saya perlukan kerja," ujarnya.

Sheila dan Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 34, berkahwin pada 6 Disember 2009.

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, 7, Nur Amna Qeesyara, 5, Muhammad Akid Qassyaff, 4 dan Nur Amna Quxandra yang kini berusia setahun.

Sheila, Lan Solo

Artikel Lain