PELAKON Diana Rafar memberitahu 8 Mac merupakan hari yang dinantikan setiap tahun untuk dia memeluk, mencium serta mengucapkan selamat hari lahir buat ibunya. Diana atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar, 37, berkata sejak kecil lagi dia berasa takut apabila memikirkan jika ibunya sudah tiada buat selama-lamanya. "8 Mac selalu menjadi tarikh yang bersejarah dalam hidupku. Tarikh ni selalu rasa tak sabar nak tunggu, nak peluk mak kuat-kuat nak cium mak nak ucap selamat hari jadi mak. "Semoga mak panjang umur. Dari Diana kecil perkara yang selalu Diana takut bila rasa kalau mak mati nanti macam mana lah. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Linda Rafar meninggal dunia Diana rindu mahu memeluk dan mencium arwah ibunya. "Selalu saja bila mak tidur kadang mesti nak letak jari rasa ada nafas lagi ke mak aku ni. Takut-takut bila nafas mak tak ada lagi," katanya. Diana memuat naik foto kenangan menjaga Allahyarham ibunya, Rasimah Abd Rahman menerusi laman Instagramnya. Ibu kepada Diana dan Linda Rafar meninggal dunia di Hospital Shah Alam kira-kira pukul 9.50 malam pada 11 Januari lalu. Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Zamarul Hisham ini hanya mampu mendoakan agar arwah ibunya dimasukkan ke syurga. "Hari ni mak dah tak ada kat dunia. Tak ada lagi doa untuk mak panjang umur. Apa yang mampu adalah doa ku agar mak dimasukkan ke dalam syurgaMu tanpa dihisab. "Moga mak bahagia di alam sana, moga mak tenang Dan Allah hitung segala amalan mak selama ada di dunia ni. Al-fatihah ibuku sayang. Ibu Diana meninggal dunia pada 11 Januari lalu. "Rindu yang tiada penghujung kasih yang tiada tandingan cinta yang tak terbalas. Tiada lagi belai seorang ibu, tiada lagi nikmat berkat doa seorang ibu. "Mak pergi jua selama-lamanya... Semoga bahagia hingga syurga mak... Al-fatihah Rasimah Binti Abd Rahman," ujarnya. Sebelum ini, Rasimah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama kerana gigitan serangga dan menjalani pembedahan akibat jangkitan. Minggu sebelum itu, arwah pernah mengadu sakit pada bahagian tangan kiri sebelum doktor memberitahu jangkitan kuman sudah merebak ke dalam darah. Pada 12 Disember tahun lalu, tangan kiri arwah terpaksa dipotong akibat komplikasi berkenaan kerana ia sudah merebak ke dalam darah.