suria

Mas Khan terkejut dengar suara tak senonoh di bilik hotel

Mas terkejut terdengar suara tidak senonoh di bilik sebelahnya.

PELAKON Mas Khan terkejut apabila mendengar bunyi suara tidak senonoh di bilik sebelah hotel penginapannya ketika menjalankan penggambaran drama.

Mas atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 25, berkata dia tidak mahu mengetuk pintu bilik tersebut kerana masih ada rasa hormat terhadap penghuni berkenaan.

"Ketika itu saya berada di hotel tersebut untuk menjalani penggambaran sebuah drama. Kebetulan saya nak naik bilik sekejap untuk ambil barang.

"Tiba-tiba saya dengar bunyi tidak senonoh di bilik sebelah dan memang saya terkejut la sebab bunyi itu terlalu kuat. Malah ada penghuni lain turut keluar bilik mereka sebab dengar benda yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Instagram sahkan akaun Mas Khan walaupun hanya 116,000 pengikut


Mas memuat naik video tersebut di laman Instagramnya.

"Tak nak ketuk pintu bilik itu sebab masih ada rasa hormat pada mereka. Sebab saya tahu ada orang buat laporan kepada pihak pengurusan hotel tersebut," katanya kepada mStar Online.

Mas diminta mengulas mengenai video suara wanita seperti melakukan perkara tidak senonoh di sebuah bilik hotel bernombor 420  yang dimuat naik di laman Instagramnya pada Rabu lalu.

Perkongsian video itu sehingga Jumaat mendapat lebih 160,000 kali tontonan dan lebih 2,600 komen.

Bagaimanapun, Mas memberitahu biarpun penghuni tersebut membayar bilik hotel yang terletak kawasan bandar itu namun mereka perlu memikirkan keadaan di sekeliling juga.

"Saya faham ia adalah privasi dan hak peribadi masing-masing sebab mereka juga membayar bilik hotel itu. Namun, penghuni yang lain juga mempunyai hak yang sama untuk berasa selesa menginap di hotel.

"Sekiranya ingin melakukan sesuatu, perlulah beringat dengan keadaan sekeliling dan penghuni-penghuni hotel yang lain," ujarnya.

Mas memegang watak sebagai Farid menerusi filem Misteri Delaila.

Dalam pada itu, Mas berasa gembira apabila penonton menerima baik lakonannya sebagai Farid menerusi filem Misteri Delaila.

Menurut Mas, dia cuba menampilkan kelainan dengan membawa watak lebih serius menerusi filem seram arahan pengarah Syafiq Yusof itu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur filem itu mendapat sambutan. Saya juga gembira menerima maklum balas yang baik daripada penonton selepas menonton lakonan saya itu.

"Menerusi filem tersebut juga, saya berpeluang menampilkan kelainan dalam watak yang lebih serius berbanding lakonan sebelum ini," katanya.

Selain Mas, filem yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Datuk Rosyam Nor dan Sasqia Dahuri itu mula ditayangkan pada 21 Februari lalu sehingga kini.

Mas Khan

Artikel Lain