suria

Lapan selebriti popular meriahkan segmen 'Super 8' Team Pagi Suria

Segmen terbaharu Super 8 Team Pagi Suria

STESEN radio Suria memperkenalkan segmen terbaharu iaitu Super 8 dengan penampilan lapan orang selebriti sebagai penyampai jemputan setiap minggu menerusi segmen Team Pagi Suria.

Penyampai jemputan terdiri daripada pelawak, penyanyi, pelakon dan juga bekas penyampai radio popular.

Pelawak wanita, Ain Sufia merupakan salah satu selebriti jemputan yang akan ke udara pada segmen terbaharu itu.

Menurut Pengurus Program Suria, Roslinda Abd Majid atau dikenali sebagai DJ Lin, keserasian Ain Sufia bersama Fizi dan Issey mendapat pujian daripada pendengar- pendengar setia Suria.

Dalam pada itu, jelajah Suria akan mula menjelajah ke beberapa buah negeri di sekitar Semenanjung Malaysia sepanjang Mac hingga April dan lokasi pertama adalah di Angsana Mall, Johor Bahru pada 16 Mac ini.

Lokasi seterusnya menemui pendengar di Kuantan City Mall, Aeon Station 18 dan Aman Sentral Mall.

"Siri jelajah ini merupakan satu inisiatif Suria sebagai tanda terima kasih kepada pendengar setia yang menyokong Suria selama ini."

"Malah, ia merupakan sebagai platform terbaik untuk pendengar beramah mesra bersama semua penyampai suria dan artis-artis popular," tambah DJ Lin.

Lokasi pertama jelajah Suria 2019 menampilkan barisan penyampai Suria seperti Fizi Ali, Issey, Cik Piah, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin.

Selain itu, persembahan artis-artis popular turut diadakan seperti Akim & The Majistret, Siti Nordiana, Tomok, Hazama, Hafiz Shuib, Amir Masdi, Adira, Gmie Screen dan One Avenue Band.

Suria juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyertai pelbagai permainan pentas serta memenangi wang tunai dan barangan ekslusif Suria.

Suria, segmen

Artikel Lain