suria

Bersaing dengan konsert besar, penganjur akur tunda persembahan Zee Avi dan NJWA

NJWA dan Zee Avi sepatutnya dijadualkan mengadakan konsert pada 22 Mac ini di Dewan Merdeka, PWTC.

KONSERT dua penyanyi iaitu Zee Avi dan NJWA yang sepatutnya berlangsung pada 22 Mac ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur ditunda.

Wakil penganjur Showlab Ventures, Farhan Aizat berkata, konsert bersempena International Women's Day with Zee Avi & NJWA itu ditangguhkan disebabkan terdapat beberapa konsert besar yang sedang berlangsung sepanjang Mac dan April depan.

"Kami berasa sedih dengan penangguhan ini. Kami akur dengan kemeriahan pelbagai jenis konsert yang berlangsung pada bulan Mac dan April ini dan merasakan bahawa keputusan terbaik ialah dengan menangguhkan acara kami.

Konsert ini ditunda ke 22 Jun depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zee Avi tak gemar barangan mewah... Cukup dapat pemuda bersifat 'ringkas'

ARTIKEL BERKAITAN: NJWA selesa bekerjasama dengan suami sendiri

"Di samping itu juga beberapa aspek teknikal yang perlu diambil kira bagi memastikan konsert ini berjaya dijalankan dengan lancarnya," katanya.

Dalam pada itu, Farhan memberitahu pihaknya memilih 22 Jun depan sebagai tarikh baharu konsert itu yang menggabungkan dua nama tersebut.

Jelasnya, persembahan itu masih akan dikekalkan di lokasi sama seperti mana dijadulkan sebelum ini dan peminat yang sudah membuat pembelian tiket boleh mendapat informasi lanjut di laman sosial Instagram @showlab.my atau Facebook Showlab MY.

Zee Avi, NJWA

Artikel Lain