suria

“Kalau betul saya terlelap, kita dah tak sampai ke Johor” - Tegur bekas pemandu buat Che Ta

Muhamad Riduan menyangkal dakwaan seorang pemandu yang lalai sehingga pernah terlelap ketika memandu Rozita dan keluarganya ke Johor Bahru.

NAMPAKNYA tak selesai lagi kontrroversi aktres Rozita Che Wan (Che Ta) dengan bekas pemandunya apabila pemuda tersebut terus mengeluarkan kenyataan mempertahankan segala tuduhan Che Ta terhadapnya.

Jika pada Jumaat, Muhamad Riduan, 21, dalam satu kenyataan kepada mStar Online bertegas enggan memohon maaf terhadap Che Ta kerana merasakan dia tidak bersalah, kali ini dia menyangkal pula dakwaan memandu secara lalai sehingga terlelap seperti didakwa pelakon itu.

Dia juga meminta Che Ta mengemukan bukti kukuh atas dakwaan dubuatnya kerana ia adalah fitnah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pemandu bukannya hamba abdi” - Riduan enggan mohon maaf kepada Che Ta

ARTIKEL BERKAITAN: RM2,000 dah bayar dan bakal saman pemandu... Che Ta dedah nyawa dalam bahaya ketika ke Johor

"Tuduhan dilemparkan oleh Che Ta tidak benar sama sekali, jika dakwaan ke atas saya itu benar mengapa dia tidak memberhentikan saya pada bulan pertama dan kedua saya bekerja dengannya?

Kenyataan yang dibuat kedua-dua belah pihak di laman sosial masing-masing.

"Mengapa apabila ditularkan berkenaan tunggakan gaji saya baru nak buat kenyataan mengatakan saya lalai, tidur dan sebagainya?

"Jika benar saya lalai dalam pemanduan sudah pasti tidak sampai ke Johor Bahru... Saya memandu kereta dan boleh pulang ke Subang Jaya dalam keadaan selamat.

"Jika ada bukti yang mengatakan saya lalai dan sebagai mana tuduhan yang dilontarkan kepada saya sila buktikan. Jangan hanya membuat kenyataan jika tiada bukti kukuh. Itu sudah menjadi fitnah kepada saya," katanya kepada mStar Online.

Jika ada bukti yang mengatakan saya lalai dan sebagai mana tuduhan yang dilontarkan kepada saya sila buktikan.

MUHAMAD RIDUAN

BEKAS PEMANDU ROZITA CHE WAN

Menerusi hantaran di Facebook, pemuda itu yang baharu bekerja selama dua bulan mendedahkan Che Ta enggan membayar gajinya sebanyak RM2,000.

Dalam respons segera, pelakon Kiah Pekasam itu memberitahu sudah menjelaskan bayaran dituntut pada Khamis lalu namun terkilan dengan sikap bekas pemandunya yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah bagi menjatuhkan reputasinya.

Che Ta pula dalam satu kenyataan lain mendedahkan, Riduan menunjukkan prestasi hambar sepanjang tiga bulan bekerja dengannya sehinggalah terlelap ketika membawa Che Ta dan keluarga Johor Bahru.

Riduan berharap isu dengan bekas majikannya tidak lagi dipanjangkan.

Ekoran itu, Che Ta meminta individu itu tampil memohon maaf secara terbuka selain sudah merujuk perkara itu kepada peguamnya untuk tindakan mahkamah.

Sementara itu, Riduan memberitahu dia tidak akan memohon maaf seperti dituntut aktres itu kerana apa yang berlaku bukan kesalahannya.

Mengulas mengenai kenyataan Che Ta yang ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, Riduan berkata, dia tidak mempunyai sebarang isu mengenai perkara itu kerana itu adalah haknya.

Katanya, dia tidak perlu berasa takut kerana yakin berada di pihak yang benar selain mempunyai bukti kukuh sebelum menularkan isu itu di media sosial.

Muhamad Riduan, Rozita Che Wan

Artikel Lain