suria

“Saya minta maaf” - Zul Ariffin dikejarkan ke hospital ketika tayangan ‘Misteri Dilaila’ di Jakarta

Zul mohon maaf kepada peminat di Jakarta kerana tidak dapat berjumpa dan bergambar selepas tamat tayangan filem Misteri Delaila.

PELAKON Zul Ariffin terpaksa dibawa keluar dari pawagam ketika tayangan perdana filem Misteri Dilaila di Jakarta, Indonesia ekoran mengalami masalah kesihatan.

Zul atau Zulkifli Ariffin, 33, memohon maaf tidak dapat berjumpa dan bergambar dengan peminat kerana terus dibawa ke hospital.

"Terpaksa keluar dari pawagam dan terus ke hospital. Kepada peminat dari Jakarta yang hadir ke malam gala tadi, saya tak dapat nak berjumpa dan bergambar selepas tamat filem.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin dan Elizabeth Tan jadi suami isteri... Tak ada masalah!


Zul tidak memberitahu punca sebenar dibawa ke hospital.

"Saya minta maaf..." tulis Zul menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Zul turut memuat naik foto ketika dia sedang dirawat di hospital dan rata-rata peminatnya di laman sosial mendoakan keadaannya untuk cepat sembuh sedia-kala.

"Semoga cepat sembuh abang. Mari kita doakan semoga abang Zul cepat sembuh," tulis pemilik akaun Intagram bernama @rohaizad787.

"Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan ya @zul_ariffin dan cepat sembuh. Amin..." kata @rosmadiahhidup2.

Peminat mendoakan kesihatan Zul.

"Syafakallah... Semoga ALLAH permudahkan urusan kamu dan perlihara penyakit mu. Amin..." kata @noorjehan07.

Menerusi salah satu foto yang dimuat naiknya juga, Zul memberitahu dia sudah empat kali mengalami masalah kesihatan dalam sebulan.

Zul kini berada di Jakarta, Indonesia untuk mempromosikan filem lakonannya itu yang sudah berada di pawagam sejak 21 Februari lalu.

Selain Zul, filem arahan pengarah Syafiq Yusof itu dibintangi oleh Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri, Datuk Rosyam Nor, Namron, Mas Khan dan ramai lagi.

Zul Ariffin, Misteri Delaila

Artikel Lain