suria

“Saya akan sekat dan ambil tindakan!” - Jasmin Hamid beri amaran pada netizen kutuk wajah anaknya macam maknyah

Rohana dijaga jasmin sejak pelakon itu berusia 20 tahun.

PELAKON Jasmin Hamid akan menyekat dan ambil tindakan terhadap akaun laman sosial yang menghina wajah anak angkatnya yang dikenali sebagai Rohana.

Menurut Jasmin, 46, pemilik akaun itu mempunyai hati yang busuk biarpun memiliki wajah jauh lebih cantik daripada anaknya yang dikatakan seperti maknyah.

"Sudah pasti saya akan sekat dan ambil tindakan terhadap orang-orang seperti ini sebelum menjadi wabak dan merebak di laman sosial saya.

"Kesian kepada pemilik akaun ni kerana penampilannya tak selari dengan akhlaknya. Amat keji akhlaknya! Hanya menutup rambutnya tapi terlupa untuk menutup hari dan imannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dari dalam perut dia dah mula berlakon” - Anak bongsu Jasmin Hamid sedia jadi artis


Komen netizen yang mengutuk wajah anak angkat Jasmin.

"Mungkin paras rupa kamu jauh lebih cantik dari anak perempuan saya yang macam bapuk bak kata kamu tapi hati kamu jauh lebih busuk," kata Jasmin.

Jasmin turut memuat naik paparan skrin komen individu tersebut yang mengatakan dia selalu mengutuk wajah anak angkatnya itu yang bekerja di sebuah klinik.

Mungkin paras rupa kamu jauh lebih cantik dari anak perempuan saya yang macam bapuk bak kata kamu tapi hati kamu jauh lebih busuk.

JASMIN HAMID

PELAKON

Dalam pada itu, tujuan Jasmin memuat naik paparan skrin tersebut kerana ingin memberi amaran kepada netizen supaya lebih berhati-hati untuk komen di laman sosialnya.

Kata Jasmin, dia sudah mengambil tindakan sepatutnya terhadap akaun laman sosial tersebut dan mendoakan agar individu itu diberikan hidayah.

"Tujuan saya muat naik tentang ini untuk beri amaran kepada netizen yang negatif supaya lebih berhati-hati bila nak komen di Instagram saya.

Anak bongsu Jasmin iaitu Ian Haziq yang mengikut jejak langkahnya menjadi pelakon.

"Semua pengikut saya adalah positif. Jangan hanya kamu fikir, kamu orang awam, kamu boleh mencela sesuka hati di laman sosial artis (bukan retis).

"Saya sudah lakukan tindakan yang sepatutnya dengan akaun kamu. Semoga Allah berikan kamu hidayah untuk menjadi seorang yang lebih beriman dan mati dalam husnul khatimah." ujarnya.

Rohana atau mesra dengan panggilan Cicik, 29, diambil sebagai anak angkat sejak pelakon drama Halalkan Hati Yang Ku Curi itu berusia 20 tahun. 

Selain Rohana, Jasmin juga mempunyai seorang anak angkat lain bernama Lukhman Hakim, 23, dan anak kandung, Ian Haziq yang kini berusia 17 tahun.

Jasmin Hamid, Ian Haziq

Artikel Lain