PELAWAK Hazmeer Hassan atau lebih dikenali Chot dan isterinya Siti Zafirul Azzah berkongsi berita gembira apabila mereka bakal menimang cahaya mata kedua. Chot dan isteri meluahkan rasa syukur apabila Allah kurniakan pengganti bagi melepaskan kerinduan arwah anak sulung mereka, Muhammad Sher Harraz yang meninggal dunia pada 8 Oktober tahun lalu. Menurut Siti Zafirul, hanya keluarga dan rakan terdekat yang mengetahui kehamilan itu dan mereka pada awalnya enggan berkongsi pada umum kerana bimbang perkara yang tidak diingin boleh berlaku. "Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah. Satu anugerah yang paling berharga buat saya dan suami. Kau beri pengganti pada ku untuk melepaskan kerinduan pada anak syurga kami. ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung pelawak Chot meninggal dunia akibat sakit jantung Chot kongsi foto imbasan bayi keduanya. "Saja saya nak kongsi berita gembira ni. Hanya kelurga dan rakan terdekat saja tahu di awal-awal kehamilan ni sebab saya risau sangat benda baru lagi. "Bukan sebab apa rahsiakan, sebab risau macam-macam boleh berlaku kan. Sampailah mummy dah sedia untuk kongsi sekarang ni," tulisnya menerusi laman Instagram. Bagaimanapun, Chot dan isteri tidak mendedahkan usia kandungan tersebut dan hanya memuat naik foto imbasan bayi di laman sosial. Sher Harraz yang lahir pada 16 Jun tahun lalu mempunyai masalah injap jantung terbalik yang menyebabkan darah kurang memasuki paru-paru. Anak lelaki penyampai radio Melaka FM itu meninggal dunia ketika berusia empat bulan disebabkann masalah injap jantung terbalik. Anak sulung Chot meninggal dunia akibat masalah injab jantung terbalik. Dalam pada itu, pasangan ini juga meluahkan rasa gembira apabila doktor mengesahkan bayi di dalam kandungan itu sihat dan aktif. Isteri Chot memohon agar semua orang mendoakan bayi kedua mereka dalam keadaan sihat dan dipermudahkan urusan sepanjang kehamilannya. "Mummy dan daddy gembira bila tengok awak sihat dan aktif dalam perut seperti yang doktor katakan. Alhamdulillah. Sihat dia, siap tunjuk bagus lagi kat mummy dan daddy ya. "Tak apa sayang janji awak sihat sempurna dalam perut mummy tau. Kalau nak tahu lelaki atau perempuan kena la tunggu. Kejutan. "Semua doakan adik Sherharraz ni dan mummy serta daddy kuat, sihat dan dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan ni ya. doa yang baik-baik," katanya.