suria

Remy Ishak tegur netizen tuduh angau dengan Mira Filzah

Remy Ishak dan Mira Filzah pada malam Festival Filem Malaysia (FFM30)

TINDAKAN pelakon Remy Ishak yang memuat naik foto bersama aktres gandingannya dalam drama Pujaan Hati Kanda iaitu Mira Filzah mendapat perhatian netizen.

Lebih-lebih lagi apabila pasangan tersebut hadir pada majlis Festival Filem Malaysia (FFM30) yang berlangsung Sabtu lalu mengayakan pakaian sedondon berwarna biru.

Foto yang dimuat naik pada Ahad itu menerima lebih 1,000 komen netizen yang teruja dan rata-ratanya mendoakan pasangan itu benar-benar bercinta.

Foto tersebut juga mendapat hampir 70,000 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya belum mampu…” - Remy Ishak putus tunang!

ARTIKEL BERKAITAN:Mira Filzah tak berasa rimas cuba ‘dijodohkan’ dengan Remy Ishak

Mira Filzah dan Remy Ishak bergandingan dalam drama Pujaan Hati Kanda.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang meninggalkan kata-kata negatif sehingga menimbulkan kemarahan pelakon filem Pulang itu.

Pemilik akaun Syahira meninggalkan komen menuduh aktor itu kini sedang angau atau menaruh hati kepada aktres berkenaan.

Remy membalas komen berkenaan dan menasihatkan wanita tersebut agar menanggalkan tudung berikutan komen yang tidak menggambarkan imej wanita muslimah.

Pada 20 Mac lalu, Remy mengesahkan ikatan pertunangannya dengan ahli perniagaan Ezza Yusof sudahpun berakhir.

Remy Ishak

Artikel Lain