suria

Nourul Wahab jatuh tandas, syukur bayi dalam kandungan selamat

Nourul bersyukur bayi dalam kandungan selamat.

PENYANYI Nourul Wahab memberitahu dia terjatuh ketika berada di dalam tandas berikutan leka dan terlalu banyak berfikir.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 41, bersyukur kandungannya yang kini berusia lapan bulan selamat dan berada dalam keadaan baik.

"Gatal fikir macam-macam sampaikan tak fokus. Lepas tu, jatuh dalam tandas. Alhamdulillah bayi saya tak ada apa.

ARTIKEL BERKAITAN: Nourul Wahab tersadung, nasib baik bayi dalam perut masih bergerak


Nourul dan kandungannya dalam keadaan selamat.

"Syukur Alhamdulillah, semuanya okey. Dah buat pemeriksaan doktor. Baby kuat. Syukur tak ada berlaku," katanya menerusi Instastory pada Selasa.

Sebelum ini, Nourul pernah berkongsi detik cemas dia terjatuh disebabkan cuba menghentikan anak lelaki bongsunya, Rahphael Depp yang sedang bergerak laju bermain ski pada Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, penyanyi itu mahu memberi tumpuan kepada diri sendiri dan kandungannya yang bakal lahir pada Mei depan.

"Hari ini (Selasa) nak berehat sahaja. Tak mahu fikir bukan-bukan. Hari untuk berehat. Fokus pada badan diri sendiri pula," ujarnya.

Nourul bakal melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Isabella tidak lama lagi.

Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganera Perancis pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Zachary Depp dan Raphael Depp.

Sebelum ini Nourul pernah berkahwin dengan komposer Ajai pada 25 Disember 1996 dan berpisah 28 Februari 2007.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah yang kini berusia 20 tahun.

Nourul Wahab

Artikel Lain