suria

Fazura tak pengaruhi produksi bawa Fattah di pentas FFM30, terkilan dengan Hans Isaac

Fazura dan Fattah hanya menjalankan tanggungjawab dan memberi kerjasama sebaiknya buat seluruh produksi. Foto Instagram @aqoimran

KEMUNCULAN pelakon Fattah Amin menemani isterinya Nur Fazura semasa penyampaian anugerah di malam Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya pada Sabtu lalu adalah atas arahan dan permintaan Astro.

Menerusi kenyataaan media yang dikeluarkan oleh pihak pengurusannya iaitu Universal Music Malaysia kepada mStar Online, Fazura tidak mempengaruhi mana-mana pihak dan segala keputusan itu adalah atas kehendak produksi.

"Fazura tidak pernah bertegas apa lagi memberi kata dua kepada pihak produksi, Astro atau FFM sendiri untuk membawa suaminya ke atas pentas dan menyampaikan anugerah tersebut sehingga membelakangkan dua rakan penyampai lain iaitu Datuk Hans Isaac dan Maya Karin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mesej itu sepatutnya antara saya dan Fazura” - Hans Isaac sedia minta maaf kalau betul-betul salah

Kemunculan Fattah atas arahan produksi.

"Segala keputusan dibuat oleh pihak produksi iaitu Astro yang menyatakan kemunculan Fattah bersama Fazura di atas pentas adalah sebuah elemen kejutan dalam majlis gilang-gemilang tersebut.

Fazura tidak pernah bertegas apa lagi memberi kata dua kepada pihak produksi, Astro atau FFM sendiri untuk membawa suaminya ke atas pentas dan menyampaikan anugerah tersebut sehingga membelakangkan dua rakan penyampai lain iaitu Datuk Hans Isaac dan Maya Karin.

PENGURUSAN

"Jika mengikut perancangan yang diatur oleh pihak Astro, Fattah sepatutnya menjadi penyampai untuk anugerah lain, tetapi ia ditukar pada saat akhir. Sebagai tetamu, Fazura dan Fattah hanya menjalankan tanggungjawab dan memberi kerjasama sebaiknya buat seluruh produksi demi kelancaran majlis," katanya.

Sebelum ini, menerusi artikel di sebuah portal hiburan, Fazura menjelaskan dia tidak pernah meletakkan syarat untuk menjadi penyampai anugerah dengan bergandingan bersama Fattah seperti yang didakwa sebuah blog.

Hans Isaac terkejut mesej peribadi yang dihantar kepada Fazura bocor kepada umum.

Dalam pada itu, Fazura terus meluahkan rasa terkilan dengan sikap Hans Isaac dan meminta penerbit tersebut membuat permohonan maaf kerana tuduhan dilemparkan tidak berasas dan bukan di bawah kawalannya.

Ujarnya, sebagai selebriti yang sudah berkecimpung selama 10 tahun dalam industri, dia sentiasa bersikap profesional dalam hal membabitkan kerja dan tidak mencampuri urusan peribadi.

"Setelah lebih 10 tahun berada dalam industri seni, Fazura begitu sedar garis profesional dan peribadi. Justeru itu, pihak kami menyeru semua pihak yang terlibat termasuk Astro, Hans Isaac dan Finas memberi kerjasama dan pencerahan kepada masyarakat tentang polemik yang melanda.

"Insiden yang berlaku ini sedikit sebanyak telah mencalarkan imej Fattah dan Fazura. Semoga pencerahan itu nanti dapat menjernihkan semula keadaan," kata pihak pengurusan.

Artikel Lain