suria

Harris Alif berehat daripada bidang lakonan untuk hapuskan imej kanak-kanak

Harris Alif menyatakan hasrat untuk berehat seketika dalam bidang lakonan.

PENYANYI Harris Aliff mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada bidang lakonan berikutan enggan lagi dikaitkan dengan imej kanak-kanak.

Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi, berkata, perkara itu dirasakan wajar seiring dengan kematangan usianya yang kini sudah mencecah 20 tahun.

"Sejujurnya bila berlakon banyak watak besar yang mereka tak boleh nak berikan pada saya sebaliknya watak seperti budak-budak sekolah selalu diberikan pada saya.

"Sebab itu saya buat keputusan untuk berehat sekejap, bagi orang lupa yang yang saya ni pelakon dan bila sampai masanya saya dah nampak matang sikit baru saya kembali dalam bidang lakonan. 

"Malah, kalau ada tawarab yang melibatkan sekolah pun saya nak elakkan. Bukan nak tolak rezeki tapi saya tak mahu dibayangi Harris Idola Kecil atau Harris Geng Bas Sekolah," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Wangian Harris Alif

Harris ditemui pada majlus pelancaran single terbaharunya berjudul Pencinta yang diadakan di Hotel Dorsett Kuala Lumpur, di sini, Selasa.

Bakat Harris digilap setelah memenangi beberapa pertandingan nyanyian sewaktu berusia 11 tahun.

Dalam pada itu, Harris berkata dia memilih untuk fokus dalam bidang nyanyian sekaligus membina imej yang lebih matang menerusi single pertamanya, Pencinta.

"Sebelum ini saya pernah berehat sekejap daripada menyanyi untuk fokus dalam mengacara dan pada masa sama berlakon.

"Lagi pula ketika itu artis baharu tumbuh bak cendawan selepas hujan. Masa tu pun saya masih tak dapat komposer yang sesuai dan kebetulan rezeki dalam bidang lakonan dan mengacara.

"Lagu ciptaan abang Ajai ini akhirnya menunjukkan saya bukan Harris yang dulu. Sebelum ni saya selalu nyanyi lagu-lagu yang rancak dan saya pun tak dapat buat apa yang saya betul-betul suka. Lagu ini menonjolkan sisi saya yang lebih matang," ujarnya.

Harris Alif tidak mahu lagi dikaitkan dengan imej kanak-kanak.

Bercerita lanjut mengenai kariernya sebagai penyanyi Harris berkata, dalam membina kerjayanya dalam industri seni, dia lebih selesa untuk beridiri dengan bakat sendiri dan bukannya menggunakan sebarang publisiti murahan.

"Kalau bab strategi mempromosi, saya lebih selesa menggunakan kebolehan yang kita ada. Mungkin budak-budak BBNU (budak-budak baru nak up), mereka boleh menyanyi tapi kalau disuruh mengacara depan kamera, mereka seperti kayu. Suruh berlakon pun tak boleh.

"Kalau mereka rasa dengan buat marketing murahan untuk promosi lagu tapi memberi impak positif, tak mengapa. Tapi kalau publisiti murahan digunakan untuk promosi tapi akhirnya mencalarkan imej dia sendiri, ianya merugikan.

"Saya tiada apa-apa gimik nak buat untuk promosi lagu ni. Lebih baik kalau orang dengar sendiri dan mereka suka dengan lagu ni," katanya.

Harris Alif, Pencinta

Artikel Lain