PELAKON Nelydia Senrose seakan memberi isyarat bakal menamatkan zaman bujang dan bergelar isteri pada Sabtu ini. Menerusi Instagram, Nelydia memuat naik foto bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya yang dikenali sebagai Hafiz dengan kapsyen mahu bertemu di hari pernikahan. "I shall see you tomorrow on our nikah day? (Saya akan jumpa awak esok pada hari nikah kita?)," tulisnya pada petang Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: "Hari ini salah satu hari bermakna saya, tak pernah lalui perasaan seperti ini"- Nelydia Foto dan kapsyen yang dimuat naik Nelydia di Instagram. Gara-gara perkongsian itu, foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat dan pengikutnya. Malah, rakan-rakan artis juga tidak ketinggalan meninggalkan komen mendoakan urusan bakal pengantin ini dipermudahkan. "Be happy my Amani, semoga sampai ke Jannah, semoga segalanya dipermudahkan," tulis Daler Yusuf. "Tahniah Nely," kata Ika Nabella dan Elisya Sandha pula. Nelydia diraikan dalam satu majlis 'bridal shower' awal Mac lalu. Manakala, kakaknya iaitu Uqasha Senrose hanya meninggalkan emoji 'love' di ruangan komen. Foto berserta tanda pagar #myotherhafeznel itu menerima lebih 50,000 tanda suka dan hampir 700 komen. Sementara itu, menerusi Twitter, Nelydia mengucapkan terima kasih di atas doa yang dikirimkan kepadanya dan menyifatkan detik itu sebagai sesuatu yang penuh emosi. "Sungguh beremosi, banyak emosi perlu dikawal. Semuanya jadi satu. Terima kasih atas doa yang baik," tulisnya. Pada 3 Mac lalu, pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup ini telah diraikan dalam satu majlis 'bridal shower' di sebuah hotel di ibu negara. Nelydia bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi butiran lanjut mengenai majlis perkahwinannya yang bakal dilangsungkan itu. Pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senrose, 24, itu menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz sejak April 2018.