suria

Nadiya Nisaa bimbang gagal nampak serasi dengan Rashidi Ishak

Nadiya Nisaa bawa watak seorang ibu.

PELAKON Nadiya Nisaa mengakui bimbang gagal menjayakan watak pasangan suami-isteri dengan pelakon Rashidi Ishak dalam filem BU yang bakal ditayangkan 11 April ini.

Nadiya berkata, ia merupakan kali pertama bergandingan dengan aktor berkenaan yang sudah dianggap sebagai abang.

"Saya tak nafikan Rashidi seorang pelakon yang hebat dan sangat berbesar hati dapat berganding dengannya dalam Bu.

"Apabila kami berdua membawa watak suami isteri, saya takut juga kalau pembawakan watak tersebut macam tak kena sebab saya selalu menganggap dia seperti abang.

"Namun, saya banyak berbincang dengan abang Rashidi dan dia banyak berkongsi pendapat," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Rashidi Ishak terima 300 mesej setiap hari di Instagram

Rashidi Ishak - Foto Azlina Abdullah

Nadiya ditemui pada sidang media tayangan filem Bu di eCurve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Filem ini juga merupakan kemunculan semula Nadiya dalam dunia lakonan selepas melahirkan anak ketiganya pada Januari lalu.

"Untuk watak yang saya bawa sebagai seorang ibu, sudah tentu saya berikan yang terbaik dengan sisi saya yang juga ibu kepada tiga orang anak sendiri.

"Selepas saya habis pantang ini, saya akan terus berkarya dengan jujur.

"Untuk raya akan datang ini, saya dah selesai telefilem bersama Sherry Alhadad serta Lisa Surihani untuk Astro First," ujarnya.

Dalam pada itu, Nadiya Nisaa melakonkan watak sebagai Aishah dalam Filem Bu bersama barisan pelakon Rashidi Ishak, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Tia Sarah, Nadia Brian, Dian P. Ramlee, Iedil Putra, Mawar Rashid dan Wan Hanafi Su.

Filem Bu mengisahkan perjuangan dan semangat seorang wanita ini bakal ditayangkan pada 11 April di pawagam seluruh Malaysia.

Nadiya Nisaa, BU, Rashidi Ishak

Artikel Lain