suria

Sebahagiannya ada maksud tersendiri, Keith Foo buat tatu pertama pada usia 18 tahun

Keith Foo akui tidak menyesal membuat tatu ditubuh. Foto Instagram @keithfoo

PELAKON Keith Foo mendedahkan tatu pertama dibuat pada usia memasuk 18 tahun dan sebahagian tatu yang dilukis di badannya mempunyai maksud tersendiri.

Menerusi perkongsian Instagram, Keith Foo yang melakukan rawatan membuang tatu secara laser itu tidak menyesal memiliki tatu berkenaan.

"My journey has begun, I'm removing all my tattoos. Good bye tattoos! (Perjalanan saya telah bermula, saya akan buang semua tatu!).

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak ambil serius gosip rumah tangga bermasalah, Keith Foo dan isteri sedang bahagia

"Sesetengah orang buat tatu untuk seronok-seronok dan ada juga yang yang mempunyai maksud tersendiri. Kebanyakan buat tatu dengan tujuan seumur hidup mereka.

"Saya mempunyai tatu pertama ketika berusia 18 tahun dan setelah 18 tahun tatu pertama itu dibuang. Saya tidak menyesal memiliki tatu ini (sebenarnya saya suka). Sebahagiannya ada maksud tertentu," katanya.

Dalam hantaran (posting) di Instastory itu, dia memuat naik foto dan video ketika menjalani proses pembuangan tatu tersebut dengan menggunakan rawatan pico laser.

Keith Foo berkongsi rawatan membuang tatu menerusi Instastory.

Pico laser merupakan teknik rawatan terbaharu menghapuskan tatu dengan lebih selamat dan tidak menyakitkan.

Pelakon yang pernah popular menerusi drama Ariana Rose itu sebelum ini mempunyai lukisan tatu antaranya di beberapa bahagian badan, bahu dan di tangan.

Dia juga tidak pernah menyembunyikan tatu tersebut dan kerap memuat naik foto memperlihatkan tubuh di laman sosial.

Bukan sahaja Keith Foo, isterinya iaitu Kim Raymond turut mempunyai beberapa lukisan tatu.

Terdahulu, Keith dan Kim berkahwin pada 2015 dan dikurniakan cahaya mata, Skylar Raymond Foo yang kini sudah berusia dua tahun.

Keith Foo

Artikel Lain