suria

Pecah rekod! 56 juta tonton 'lagu putus cinta' Sufian Suhaimi

Sufian Suhaimi memintas rekod yang pernah dipegang Aiman Tino.

PENYANYI Sufian Suhaimi berkongsi detik manis apabila lagu 'berhantu' nyanyiannya berjudul Di Matamu berjaya mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records selepas memperoleh jumlah tontonan muzik video tertinggi di YouTube bagi kategori lagu Melayu dan artis tempatan.

Lagu Di Matamu yang dilancarkan pada pada 23 Mac 2018 iaitu tarikh sama Sufian merancang untuk melansungkan perkahwinan dengan pelakon Elfira Loy mendapat lebih 56 juta kali tontonan.

Pencapaian lagu gubahan Sirkhan dan Rinkarnaen berkenaan sekaligus melepasi kejayaan penyanyi Aiman Tino sebelum ini menerusi lagu Ku Rela Dibenci yang mendapat lebih 43 juta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Doa Elfira di Makkah agar Sufian menang dan ‘deritanya’ habis dikritik netizen

ARTIKEL BERKAITAN: "Kesedihan saya akhirnya terbayar"- Sufian Suhaimi komen lagu ke AJL33

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan niat tiru pelamin Elfira, terima kasih doa di Makkah - Sufian Suhaimi

Pendedahan Sufian Suhaimi di Instagram

"Alhamdulillah atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada sahabat Sirkhan dan Rinkarnaen yang berhempas pulas mencipta lagu sedih Di Matamu yang cukup dekat dengan pendengar muzik Malaysia.

"Sesungguhnya Allah itu maha adil. Adil meletakkan kebahagiaan dalam bentuk berbeza dan tak disangka," tulis Sufian.

Dalam pada itu, penyanyi yang baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Mencuba turut mendoakan agar para peminatnya beroleh kebaikan.

Di Matamu hampir mendapat 60 juta tontonan di Youtube

"Buat keluarga, sahabat, peminat dan seluruh yang mengenali saya, semoga kebaikan kalian dibalas dengan kebaikan," tambah Sufian.

Sebelum ini lagu terbitan Aries Music itu turut berjaya menyandang trofi Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) Februari lalu.

sudian suhaimi

Artikel Lain