suria

“Muka berminyak, baju besar, rambut toncet, ini rupa sebenar seorang isteri!” - Nad Zainal kata kahwin tidak seindah drama petang

Kehidupan alam perkahwinan tidak sama seperti ditonton di televisyen. Foto Instagram @nadzainal

PELAKON Nad Zainal berkata wanita yang sudah bergelar ibu dan isteri menggalas tanggungjawab besar dalam keluarga.

Menurut Nad, realiti kehidupan dalam sesebuah rumah tangga tidaklah seindah seperti drama yang ditonton di televisyen.

"No filter needed, muka berminyak, sarung shirt besar, rambut toncet malas, buat apa nak malu, ini adalah rupa seorang isteri! Are you ready yang single-single tu?

"Berkahwin dan beranak, kita akan banyak tanggungjawab... tidak seindah drama petang, mana yang tak ada maid tu, lagilah. Sekarang saya tahu kenapa mak-mak kadang-kadang macam singa.

"Nak bercantik-cantik, pergi manicure pedicure pun jarang dah sebab bila ada masa terluang, baring dan tidur sekejap itu lagi bermakna daripada ke spa dan salun. Nak masuk puasa ni mula Google lauk nak masak sahur pula, itulah mak!," tulisnya di Instagram.

Nad bersama suami dan anak.

Foto dan kapsyen yang dimuat naik oleh pelakon telefilem Fatonah Azali itu menerima lebih 10,000 tanda suka dan hampir 200 komen.

Rata-rata pengikut bersetuju dengan apa yang dikongsi Nad, malah ada juga rakan artis yang meninggalkan komen dan pandangan yang sama.

Perkongsian Nad di Instagram.

"Yeahhh... setuju, nap (tidur sekejap) lagi penting dari pergi spa," kata Amyra Rosli.

"Sangat betul tu!," komen Fasha Sandha.

"Hahaha... keep it real Mak," tulis Lisa Surihani pula.

Terdahulu, Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Fahad Ibrahim Muhammad Faliq pada 14 0ktober 2016.

Nad Zainal

Artikel Lain