suria

“Jangan jadi perosak, beli jiwa mereka”- Ozlynn akui Johan mahir dalami hati anak-anak

Ozlynn kongsi cara didikan anak-anaknya

PELAKON Ozlynn memberitahu dia dan suami, Johan mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak mereka.

Ozlynn bagaimanapun berkata suaminya yang juga pelawak serta penyampai radio itu lebih mahir dalam mendalami isi hati anak-anak.

Gelagat Johan melayan kerenah anak-anaknya sering jadi tumpuan netizen.

"Selalunya lepas Maghrib papa (Johan) akan luangkan masa bersama anak-anak untuk sesi luah perasaan serta beri nasihat dan pastinya berakhir dengan linangan air mata. Tapi Johan ni pandai beli jiwa anak, sebab tu anak-anak lebih rapat dengannya.

"Dalam hidup ni kita kena fleksibel, ada masa kita kena berbicara dengan tenang. Beri kata semangat pada mereka, jangan jadi perosak anak," tulisnya di Instagram.

Perkongsian Ozlynn turut mendapat komen positif netizen yang rata-rata bersetuju dengan cara didikan pasangan selebriti itu.

"Betul tu... bila anak-anak sudah dewasa nanti, kita akan rindu momen ini. Jadi dari kecil lagi rajin-rajinkan peluk dan cium mereka... kerana tanpa kita sedar, 'this moments will never come back' jika kita alpa dgn kerja dan mengejar dunia semata mata.

Johan dan anak-anaknya.

"Suka tengok famili ni. Walaupun mak ayahnya kepala gila-gila namun aku salute cara mereka didik anak... semoga keluarga ini terus mendapat rahmat dan hidayah darimu Ya Allah.

"Inilah famili yang aku kagum dan perlu contohi! Johan dan Ozlynn adalah ibu bapa yang paling terbaik, walaupun laki bini otak gil-gila tapi bab didik anak terutama bab agama memang terbaik," komen peminat.

Menerusi muat naik tersebut, Ozlynn turut berkongsi video Johan menasihati anak-anak mereka selepas waktu solat Maghrib sehingga masing-masing menitiskan air mata.

johan, ozlynn

Artikel Lain