suria

Kembali aktif di laman sosial, ibu titip pesan buat Aliff Aziz

Ibu Alif dilihat membalas komen netizen di laman Instagram anaknya.

SETELAH hampir dua bulan menutup ruang komen di Instagram akibat kecaman netizen, akhirnya penyanyi Aliff Aziz membenarkan semula netizen meninggalkan komen di foto-foto terbaharu yang dimuat naik.

Menerusi sebuah foto yang dimuat naik pada Khamis, Aliff menerima pelbagai komen yang mana rata-rata netizen memberi nasihat berkaitan rumah tangganya bersama Bella Astillah.

Selain itu, ibunya Siti Hafiza turut meninggalkan kata-kata positif supaya anaknya itu bangkit kembali meneruskan kehidupan baharu yang lebih baik. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sudah solat istikharah, tak mahu anak membesar tanpa ayah” - Bella Astillah komen status rumah tangga dengan Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi curang... Aliff Aziz berehat daripada media sosial


Ibu Alif turut meninggalkan komen positif.

"Alhamdulillah syukur! Rezeki Allah itu luas anakku. Jika ramai yang mengeji, yakinlah lebih ramai yang berhati mulia dan sentiasa memaafi, menasihati dan menyokong.

"Kerana mereka juga insan yang tidak sempurna. Bangkit dengan hati yang tawakkal padaNYA," kata Siti Hafiza.

Aliff mula menutup ruang komen semenjak dihimpit kontroversi berlaku curang terhadap isteri, Bella Astillah apabila keluar bersama pelakon baharu Oktovia Manrose pada Mac lalu.

Dalam pada itu, Siti Hafiza juga dilihat membalas beberapa komen netizen yang bersimpati terhadap kontroversi yang ditimpa keluarganya.

Malah, Siti Hafiza memberitahu dia tidak pernah berasa kecil hati dengan teguran serta pendapat netizen yang diberikan dengan penuh berhemah.

Bella pernah mendedahkan Alif sekali lagi berlaku curang apabila keluar dengan pelakon Oktovia Manrose.

"Salam sayang. Tidak mengapa aunty tidak penah berkecil hati bila teguran dan pendapat diberikan dengan penuh hemah kerana kita adalah saudara seislam.

"Menegur itu sangat-sangat digalakkan tapi seperti mana aunty pernah kongsi niat tidak menghalalkan cara dan apa yang hendak dikongsikan oleh sesiapa pun atas bahu mereka sendiri.

"Mudah-mudahan kita lebih prihatin bila mahu menegur insan lain kerana pastinya kita sendiri tidak sempurna. Wallahualam. Saya hargai komen anda dengan mengucapkan terima kasih," ujarnya.

Sementara itu, Aliff juga membalas komen-komen netizen yang positif mahupun positif dengan mengucapkan terima kasih.

Pada 27 Februari lalu pula, Bella menerusi Instagram miliknya mendedahkan bahawa suaminya Aliff Aziz sekali lagi berlaku curang dengan Oktovia Manrose.

Bella dan Aliff Aziz berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Artikel Lain