suria

Sibuk komen fasal mekap, Alyah 'sekolahkan' netizen tak sensitif kematian pengasas Dnars

Alyah terkejut mengetahui berita kematian Allahyarham Faziani pada pagi, Sabtu lalu.

BERITA pemergian usahawan kosmetik, Faziani Rohban Ahmad, 40, pada Sabtu lalu mengundang sebak dalam kalangan selebriti tempatan yang turut berasa kehilangannya.

Antaranya, penyanyi Datin Alyah yang juga terkejut dengan berita sedih tersebut dan memuat naik foto bersama pengasas Dnars itu di laman Instagram.

Bagaimanapun menerusi ruang komen, Alyah menegur salah seorang pengikutnya yang dilihat tidak sensitif apabila menyatakan pandangan mengenai solekan yang dikenakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Arwah sering beri sokongan, kali terakhir jumpa di majlis berinai” - Fasha Sandha ucap takziah pemergian pengasas Dnars

ARTIKEL BERKAITAN: "Sebelum 'pergi' arwah nak tengok adik-beradik, keluarga senang" - Sahabat baik dedah niat Faziani yang dermawan tapi tak menunjuk


Alyah berharap individu tersebut belajar memahami erti kesedihan orang lain.

Kata penyanyi lagu Jutaan Purnama itu, individu tersebut sepatutnya menghormati dan memahami tujuan posting itu dibuat.

"Ini kematian awak... Awak ada masa pula komen solekan orang... Sangat tidak prihatin. Al-Fatihah untuk awak.

"Semoga awak belajar memahami erti kesedihan orang lain... Salam Ramadan," kata isteri kepada Datuk Ramli MS ini.

Rata-rata pengikut di laman sosial Alyah turut mempertikaikan tindakan individu tersebut yang dianggap tidak menghormati situasi yang dihadapi orang lain.

Fasha yang juga rakan baik Faziani turut bersedih dengan berita pemergiaan Allahyarham.

Selain Alyah, pelakon Fasha Sandha, Rozita Che Wan dan Diana Rafar antara selebriti yang mengucapkan takziah kepada keluarga pengasas kosmetik itu atas kehilangan tersebut.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu lalu, Allahyarham Faziani meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand.

Kejadian tersebut berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz untuk memberi sumbangan.

Suami kepada Allahyarham, Ahmad Shah Rizal Ibrahim yang memandu kereta itu mengalami kecederaan.

Ratusan orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar, Kelantan pada hari yang sama.

Artikel Lain