suria

“Manusia lebih binatang daripada binatang” - Ernie Zakri berang lelaki kejam tembak monyet tak sebut 'baby sayang'

Ernie mempersoalkan bagaimana lelaki itu boleh mendapatkan lesen senjata api.

PENYANYI Ernie Zakri menyuarakan perasaan marah terhadap seorang individu yang tergamak menembak seekor monyet gara-gara binatang itu tidak boleh menyebut ungkapan "baby sayang".

Kata Ernie, 27, perbuatan kejam itu sangat menyayat hati dan berharap individu terbabit akan didakwa secepat mungkin.

"Betul, manusia sememangnya lebih binatang daripada binatang. Tolong, gunakan suara kita supaya lelaki itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Ernie berang dengan tindakan seorang lelaki menembak monyet dengan kejam.

"Semua orang tolong sebarkan berita ini. Terima kasih," ujar Ernie.

Terdahulu Ernie memuat naik keratan artikel mengenai video seorang lelaki merakam aksi kejamnya menembak seekor monyet yang dikurung di dalam sangkar.

Video berdurasi selama 21 saat itu menjadi tular di laman sosial sejak Ahad dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berang dengan tindakan kejam individu tersebut.

Kenyataan "baby sayang" sebelum ini menjadi viral selepas ia diungkapkan pelakon Mira Filzah.

Kila Fairy mahu individu yang kejam itu ditangkap polis.

Selain itu Ernie yang menyedari mengenai insiden itu di Twitter berkata dia turut menerima mesej daripada pelakon Kila Fairy agar menyuarakan pandangannya.

"Saya ternampak video ini tapi saya tak mampu nak tonton. @kilafairyofficial hantar mesej pada saya untuk menyuarakan mengenai perkara itu.

"Ernie tak faham, kenapa lelaki ini boleh dapat lesen senjata api dan menyalahgunakan senjata tersebut?

"Kenapa? Kenapa anda lakukan perkara ini? Ini sangat menyayat hati untuk ditonton," kata Ernie.

Artikel Lain