suria

“Saya selesa dengan Hael” - Dayang Nurfaizah buka mulut, jawab status dengan Hael Husaini

Dayang belum ada perancangan untuk muncul dengan lagu duet baharu dengan Hael.

KESERASIAN penyanyi Dayang Nurfaizah bersama Hael Husaini sering disalah tafsir golongan peminat lebih-lebih lagi apabila mereka kerap dilihat bersama.

Namun Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 38, berkata dia selesa dan serasi bekerjasama dengan Hael hanya sebagai rakan duet sahaja.

"Biasalah peminat suka lihat saya dan Hael sebab kami selalu bersama. Sejujurnya, saya selesa dengan dia tapi sebagai rakan duet.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak adil kecam tanpa mengetahui situasi sebenar” - Dayang dedah Misha, Hael berdepan masalah teknikal

Dayang selesa bekerjasama dengan Hael.

"Saya rasa senang bekerjasama dengan Hael. Dia seorang yang sangat berbakat dan kami pun serasi apabila berduet.

"Tapi soal jodoh tu susah nak cakap, tapi bagi saya dia memang seorang rakan duet yang saya selesa," kata Dayang kepada mStar.

Kejayaan lagu Haram nyanyian Dayang dan Hael hingga menjuarai Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) mendorong peminat untuk cuba 'menyatukan' mereka sebagai pasangan kekasih.

Dalam pada itu, Dayang memberitahu buat masa ini dia belum mempunyai perancangan untuk kembali bekerjasama dengan penyanyi lagu Jampi itu kerana ingin fokus kepada single solo.

Dayang mahu fokus single solo.

"Buat masa sekarang, tak ada perancangan lagi kerana saya rasa nak lebih fokus pada solo dahulu.

"Tapi pada masa hadapan, apa salahnya. Bagi saya, lagu Haram itu sendiri banyak memberi kenangan kepada saya.

"Ia memberi pencapaian terbaik dalam karier saya dan kalau ada lagi lagu duet, kena tengok mana yang sesuai," ujarnya.

Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Haram

Artikel Lain