suria

Nabila Razali belanja peminat di bazar, tak mahu berbuka puasa di hotel

Nabila memilih untuk membawa peminat-peminatnya berbuka puasa di bazar Ramadan.

PENYANYI Nabila Razali meluahkan rasa syukur apabila dia berpeluang berbuka puasa bersama peminatnya biarpun sibuk dengan aktiviti seni.

Namun tahun ini sedikit berbeza apabila Nabila, 27, memilih untuk membawa ahli kelab peminatnya iaitu Nabaela FC membeli juadah berbuka di bazar Ramadan Kampung Baru.

"Alhamdulillah walaupun Ramadan ini agak sibuk tapi saya masih dapat mencari masa berbuka bersama peminat kerana aktiviti ini hanya setahun sekali.

"Kali ini kami tidak berbuka puasa di hotel atau restoran, saya nak buat kelainan dengan membeli juadah bersama mereka.

"Dengan cara ini rasanya kami jadi lebih rapat dan mereka tahu apa yang saya suka... ia lebih menyeronokkan!" kata Nabila kepada mStar.

Nabila bawa peminat beli juadah berbuka dengan menggunakan Touch ‘n Go, eWallet di bazaar Ramadan Kampung Baru.

Nabila ditemui pada majlis iftar Ramadhan Sempoi Bersama Nabila Razali di Halaman Sempoi Kampung Baru.

Tambah penyanyi Vroom Vroom ini, majlis itu juga merupakan salah satu cara untuk dia menghargai peminat yang banyak membantu kerjayanya dalam bidang seni.

"Mereka tulang belakang saya sebagai artis, apalah salahnya jika meluangkan masa beberapa jam dalam sebulan ini untuk berbuka puasa bersama mereka.

"Saya juga tidak mahu bebankan mereka keluar duit semata-mata nak jumpa dan berbuka bersama. Kita beli yang mana mahu sahaja dan kongsi-kongsi supaya tidak membazir," ujarnya.

Nabila luangkan masa dengan peminat biarpun sibuk dengan aktiviti seni.

Dalam pada itu, Nabila memberitahu dia memilih bazar Ramadan Kampung Baru kerana ingin memberi kesedaran mengenai cara baharu membayar tanpa tunai yang boleh digunakan di bazaar berkenaan menggunakan aplikasi Touch ‘n Go, eWallet.

"Bazar kampung baru ini merupakan bazar pertama yang menggunakan urusan bayaran tanpa tunai iaitu Touch ‘n Go eWallet.

"Jadi lebih senang tak perlu tunggu lama untuk berurusan pembayaran," katanya.

Pada majlis yang dihadiri lebih 50 orang peminat, Nabila turut menyampaikan tiga buah lagu secara akustik sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Nabila Razali

Artikel Lain