suria

Pendakwah tegur Fynn Jamal, “Jika tak tahu, mengaku tak tahu”

Kenyataan Fynn Jamal berkaitan agama dianggap mengelirukan orang ramai.

TINDAKAN Fynn Jamal menjawab beberapa persoalan berkaitan agama menyebabkan penyanyi itu menerima teguran daripada pendakwah bebas dikenali sebagai Musytaq Al-Ashari.

Menurut Musytaq, penyanyi lagu Terbang Tunduk itu seharusnya mengaku tidak tahu daripada mengeluarkan hukum yang tidak difahaminya hingga menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebab itu anak dara aku sentiasa pakai seluar” - Fynn Jamal

ARTIKEL BERKAITAN: “Kejap boleh, kejap tak boleh” - Fynn Jamal keliru stesen TV minta buka purdah

"Nasihat untuk diri saya dan untuk semua, jika tidak tahu... mengaku sahaja tidak tahu.

"Jangan memandai-mandai keluarkan hukum.

"Kasihan dengan netizen atau orang awam yang tidak tahu apa-apa," katanya.

Perkongsian Fynn didakwa meragukan.

Musytaq membuat teguran itu menerusi kenyataan di Facebook miliknya pada Selasa.

Teguran dibuat susulan jawapan Fynn berkaitan agama bagi menjawab persoalan yang diajukan pengikutnya dia Instastory.

Antara perkongsian yang dibuat Fynn dan menarik perhatian pendakwah berkenaan ialah mengenai waktu bermulanya puasa.

Kata Fynn, tiada dalil mengenai waktu imsak dan dia menyarankan agar orang ramai menghabiskan makanan atau minuman walaupun azan Subuh dilaungkan.

"Tak pernah ada dalil tentang imsak. Rasulullah pesan makan sampai hujung. Kalau tengah minum dan kedengaran azan (Subuh) maka habiskan, jangan berhenti.

"Tapi jangan masa azan baru capai air," tulis Fynn bagi menjawab persoalan mengenai berakhirnya waktu sahur bagi umat Islam.

Fynn gemar berkongsi pandangan dan kisah peribadi di laman Instagram.

Namun pandangan Fynn itu dikatakan salah.

Sebagai menjelaskan persoalan itu, Musytaq berkata seseorang itu harus berhenti makan sekiranya sudah mendengar azan Subuh berkumandang.

Sementara itu semakan mStar di lawan web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau berkata, seseorang itu hendaklah berhenti serta merta daripada makan dan minun serta menyempurnakan puasa setelah kedengaran azan Subuh.

Selain itu, pendakwah berkenaan turut mengingatkan orang ramai untuk tidak mudah terpengaruh dengan pandangan yang diberikan seseorang berperwatakan alim.

Menurutnya, individu yang berpurdah mahupun berserban tidak semestinya berstatus ustazah dan memiliki ilmu agama yang tinggi.

"Mereka ingat pakai purdah, serban atau jubah adalah ustaz dan seorang yang alim.

"Maka mereka pun i'timad (terkait) pada pandangan yang dikeluarkan oleh mereka. Kasihan masyarakat awam," katanya.

Fynn Jamal sebelum ini pernah ditegur beberapa ahli agama termasuk mufti gara-gara menyamakan solat lelaki dan wanita.

Fynn Jamal, Musytaq Al-Ash’ari

Artikel Lain