suria

Biadab! Azza berang individu hantar mesej minta tengok video perempuan seksi pada bulan Ramadan

Azza berang ada individu tidak menghormati kesucian Ramadan.

PELAKON dan penyanyi Azza (Elite) berang apabila menerima panggilan secara rawak dengan menghantar mesej suara memaksanya menonton video perempuan seksi.

Azza berkata, perkara tidak senonoh itu diibaratkan sebagai tidak menghormati kesucian bulan Ramadan.

"Bulan puasa pun. Nombor ni boleh pula buat panggilan secara rawak dengan hantar mesej suara suruh tengok video perempuan seksi yang cantik.

"Hey hormat sikit bulan Ramadan. Binatang betul. Masih ada lagi manusia yang tidak menghormati kesucian bulan Ramadan ya.

Azza dedah ada terima panggilan mintanya tonton video perempuan seksi.

"Ya saya marah sebab saya muslim dan akan menentang siapa yang tidak menghormati Ramadan," kata Azza.

Anggota kumpulan Elite itu memuat naik paparan skrin nombor telefon yang membuat panggilan tersebut di laman Instagramnya pada Sabtu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan ada juga segelintir mereka turut menerima panggilan yang sama dari nombor tersebut.

Azza akan menentang sesiapa sahaja yang tidak menghormati bulan Ramadan.

Dalam pada itu, Azza meminta individu yang dianggap suka merosakkan manusia lain itu menghormati bulan Ramadan.

"Dah kenapa? Tolong tunjukkan sedikit hormat pada Ramadan. Tiada kompromi untuk orang macam ni.

"Kau lebih daripada binatang. Binatang pun tak telefon orang, nak cakap syaitan, syaitan kena ikat.

"Hidup kau nak rosakkan orang saja kat muka bumi. Anda sangat teruk!" ujarnya.

Azza, Elite

Artikel Lain