suria

Kejam! Mira Filzah tak sanggup tengok video tembak monyet, cukup-cukuplah dengan ‘baby sayang’

Mira Filzah harap orang ramai berhenti dengan trend panggilan 'baby sayang'. Foto: Hasif Fikri

PELAKON Mira Filzah mengakui berasa kesal apabila panggilan ‘baby sayang’ yang dicetuskan olehnya sebelum ini telah disalahguna oleh segelintir pihak.

Menurut Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, dia terkejut apabila menonton rakaman kejadian tembakan terhadap seekor monyet yang tular baru-baru ini.

Baby sayang itu panggilan nama baik untuk orang yang kita sayang, saya pun tak terfikir sampai ke situ jadinya.

“Mungkin lelaki tu ada masalah, kita tak tahu... itu yang buat dia salah guna perkataan itu.

“Saya tengok video itu sekali sahaja sebab tak sanggup, terlalu kejam,” katanya kepada mStar.

Mira menyampaikan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Nur Sakinah. Program berbuka puasa ini dianjurkan bersama kelab peminat Mira Filzah Official FC (Miraclegacy).

Mira ditemui semasa majlis berbuka puasa bersama anak-anak dari Rumah Anak Yatim Nur Sakinah di Subang Jaya, Selangor pada Sabtu.

Pada Isnin lalu kecoh di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki menembak seekor monyet gara-gara tidak memanggil 'baby sayang'.

Video berdurasi 19 saat itu tular di twitter dan dikongsi oleh pengguna laman tersebut.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati suspek merupakan dua beranak disyaki terbabit dalam kejadian menganiaya haiwan itu dan telah diberkas pihak berkuasa di Sitiawan, Perak pada Khamis.

Tindakan seorang lelaki menembak monyet kerana tidak menyebut babu sayang tular dilaman sosial.

Sementara itu, Mira mengakui mula berasa kurang selesa apabila perkataan itu terus menjadi sebutan orang ramai.

Kata Mira, ramai yang mula memanggilnya dengan panggilan tersebut.

“Bukanlah rasa menyampah cumanya saya rasa cukup-cukuplah dengan baby sayang tu!

“Selepas panggilan itu tular semua orang mula panggil Mira dengan baby sayang sampaikan pergi bazar pun orang panggil nama itu, rasanya panggil Mira pun cukuplah,” ujarnya.

Panggilan ‘baby sayang’ itu mula tercetus selepas pelakon cantik Mira Filzah, telah menggunakan ayat tersebut ketika menjawab soalan peminat di live story IG miliknya.

Mira Filzah

Artikel Lain