suria

Niat Arja Lee jual biskut raya terbantut, cermin kereta tiba-tiba pecah

Arje Lee terkejut melihat cermin tingkap keretanya retak

BULAN Ramadan sememangnya banyak menguji kesabaran setiap umat Islam yang menjalani ibadah puasa.

Tidak terlepas, pelakon Arja Lee yang terpaksa membatalkan niat untuk menjual biskut raya selepas cermin tingkap keretanya retak seribu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak adik tak sihat” - Arja Lee sedang sakit, terkenang sup ikan merah arwah ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Pihak Stesen TV Semakin ‘Kotor’ - Arja Lee

Menurut Arja atau nema sebenarnya, Azharudin Ramli, dia berasa terkejut dan aneh dengan kejadian yang menimpa dirinya sebaik menyedari cermin keretanya itu pecah.

"Allahhuakbar... dugaan mu buat aku terkaku, terdiam dan tak mampu berkata-kata. Asyik berfikir bagaimana, bila dan apakah ini?

Arja Lee mencari rezeki dengan berniaga kuih raya pada bulan Ramadan.

"Petang tadi dari Maeps bergerak ke KLCC untuk majlis iftar tak perasan apa-apa lagi... tadi sewaktu berhenti untuk isi minyak, on the way balik ke Maeps terbantut dek kejadian ni.

"Jadi balik rumah terus nampaknya... Kisah kenapa dengan cermin tingkap pintu belakang belah kanan... Mana nak ganti esok pagi sekitar Seremban 2?" katanya.

Aktor berusia 36 tahun itu berkongsi kejadian malang yang menimpa dirinya menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram miliknya.

Terdahulu, Arja Lee dalam perjalanan ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dari Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang selepas berniaga kuih raya miliknya.

Hasratnya untuk pulang semula ke Maeps terbantut selepas menyedari cermin tingkap miliknya pecah tanpa mengetahui punca sebenar.

Arja Lee, cermin tingkap

Artikel Lain