suria

“Kalau apa-apa jadi dekat daddy, Yusuf kena ambil tanggungjawab” - Pesanan Hairul Azreen buat netizen sebak

Hairul Azreen titip pesanan buat Yusuf Iskandar.

PELAKON Hairul Azreen menitipkan pesanan buat anak lelakinya, Yusuf Iskandar agar mengambil tanggungjawab menjaga keluarga sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini suatu hari nanti.

Menurut Hairul, dia juga mahu anak sulungya itu sentiasa berkelakuan baik dan berdoa kepada tuhan kerana ia perkara yang sering dilakukan bersama isteri, Hanis Zalikha dalam berdepan dugaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dua-dua anak daddy lahir hari Jumaat”- Hairul, Hanis timang anak perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Hairul Azreen ajak Hanis "buat anak" lagi, netizen panas hati

"Yusuf... nanti bila dah boleh baca, daddy cuma nak pesan Yusuf sebagai abang yang sulung, Yusuf kena jaga adik. Kena jaga mummy, jaga si gemok Jibu.

"Dengar cakap mummy! Sebab kalau apa-apa jadi dekat daddy Yusuf kena ambil tanggungjawab itu.

"Bila Yusuf rasa takut atau sedih atau tak tau nak buat apa, ada masalah , doa banyak-banyak pada Allah sebab itu yang kami selalu buat," katanya.

Hairul titip pesanan buat Yusuf Iskandar.

Hairul meninggalkan pesanan itu menerusi akaun Instagram milik Yusuf Iskandar berserta sekeping gambar dan kapsyen.

Tertanya pesanan Hairul kepada anaknya itu mengundang sebak dalam kalangan netizen menerusi ruang komen pada posting berkenaan.

Berkongsi saat pertama Yusuf bertemu adik perempuannya yang baru lahir, Hairul turut memberi semangat kepada anaknya untuk tidak mudah berputus asa.

"Sentiasa sebut benda yang baik-baik sebab kata-kata itu adalah doa yang melantun, bak kata mummy.

"Jangan mudah give up, cuba yang terbaik yang kita mampu sebab the best never rest.

"Gambar ni pada 25/5/2019 hari ke dua selepas adik Alisa lahir. Masa ni first time Yusuf jumpa adik. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki, kebahagiaan & umur yang panjang," katanya.

Hairul bersama Yusuf Iskandar.

Terdahulu, Hanis Zalikha selamat melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Alisa Aisyah pada pukul 5.59 petang, Jumaat.

Berita gembira itu dikongsi Hairul menerusi laman Instagramnya.

Pasangan romantis ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dab dikurniakan anak sulung Yusuf Iskandar yang kini berusia dua tahun.

Artikel Lain