suria

WHAM bersama YKAT hulur sumbangan, rai artis veteran dan anak yatim

Antara artis veteran yang memeriahkan majlis berbuka puasa WHAM dan YKAT.

MENGAMBIL keberkatan Ramadan, Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan (WHAM) dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) meraikan anak-anak yatim dan artis-artis veteran pada Sabtu.

Presiden WHAM iaitu Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, program kali pertama ini bertujuan merapatkan lagi hubungan wartawan dengan artis.

ARTIKEL BERKAITAN:  Wartawan hiburan timba ilmu penulisan skrip

ARTIKEL BERKAITAN: Empat Kepimpinan Utama WHAM Pertahan Jawatan

Tambahnya lagi, wartawan zaman kini bukan hanya boleh menulis mengenai berita hiburan sahaja malah mampu mengadakan program kerohanian dan kemasyarakatan.

“Kita dah anggap hubungan wartawan dan artis tak pernah terpisah dari dahulu sampailah sekarang. Ini kali pertama WHAM menganjurkan program berbuka puasa bersama YKAT.

“Zaman sekarang wartawan bukan hanya menulis berita hiburan tapi mampu melakukan banyak kerja dalam masa yang sama dan program ini juga diadakan bagi mendekatkan diri dengan masyarakat,” katanya kepada mStar.


WHAM dan YKAT menganjurkan majlis berbuka puasa bagi meraikan anak yatim dan artis-artis veteran.

Pada majlis yang diadakan di Malaysia Petroleum Club KLCC, Kuala Lumpur pada malam, Sabtu itu, WHAM memberi sumbangan kepada empat buah rumah kebajikan.

Penerima sumbangan iaitu Rumah Ngaji Barokah, Rumah Asnaf Temerloh, Rumah Anak Yatim Cahaya Kasih Bestari Kuala Lumpur dan Rumah Anak Yatim Sungai Kantan, Kajang.

Manakala YKAT turut memberi sumbangan kepada artis veteran iaitu Dian P. Ramlee, Halimah Alias, Ayati Ahmad Tasrip, Norliah Shamsudin, Lan Zailan, Maheswara A/L Palanisamy, Rohaiyah Mohd Amin, Subramani A/L Ellapan dan Raja Puria A/L Angamuthu.

Selain itu, YKAT juga ada memberi sumbangan kepada keluarga pemain bas iaitu Wan Kelly yang meninggal dunia baru-baru ini yang diwakili anak Allahyarham, Wan Adam Nuqman.

Majlis yang diadakan buat kali pertama anjuran Wham bersama YKAT itu turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti Nabila Razali, Azharina dan E1 band.

Malah, majlis itu turut dihadiri pelakon Yana Samsudin bersama anak serta suaminya, Fadzil Zahari, Adira dan Datin Mas Anizan bersama anaknya.

Pelakon Dian P.Ramlee salah seorang artis veteran yang menerima sumbangan daripada beberapa orang wakil YKAT.

Dian P Ramlee, WHAM

Artikel Lain