suria

“Saya akan ada kawan baru, boleh ajak bersolek!”- Sarimah Ibrahim bakal lahir bayi perempuan

Sarimah teruja bakal timang bayi perempuan yang dijangka akan lahir pada Julai depan.

PELAKON dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim terkejut apabila diberitahu bakal melahirkan bayi perempuan memandangkan dia mempunyai ramai adik-beradik lelaki.

Sarimah, 41, berkata dia bagaimanapun berasa tidak sabar untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti bersolek dan memilih pakaian bersama anaknya yang dijangka lahir pada Julai depan.

"Saya anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan semuanya lelaki. Jadi, agak terkejut juga bila dapat tahu saya bakal timang bayi perempuan.

"Sebab saya dah biasa dengan lelaki dan sebagai kakak, saya dah tahu macam mana nak uruskan adik beradik yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terburu-buru buat IVF, Sarimah Ibrahim kongsi petua hamil secara semula jadi


Sarimah dan suami bakal timang bayi perempuan.

"Tapi, Alhamdullilah selepas ni saya ada kawan baru dan boleh lakukan pelbagai aktiviti bersama anak perempuan saya seperti bersolek dan memilih pakaian.

"Selain itu, ia juga sesuatu pengalaman baru dengan orang baru buat saya dan suami," katanya kepada mStar.

Sarimah ditemui ketika pelancaran Thrill by Sarimah Ibrahim Exclusively on Shopee dan pengumumkan jantina bayinya di Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya pada Isnin.

Dalam pada itu, Sarimah masih tidak dapat menjangkakan dia bakal melahirkan secara normal ataupun pembedaha.

Sarimah berharap semua peminat mendoakan dirinya juga bayi dalam kandungan dalam keadaan sihat.

Sarimah dan suami ketika ditemui di majlis pengumuman jantina bayi mereka.

"Doktor ada beritahu yang bayi saya sekerang berada dalam keadaan mengiring. Jadi, saya tak boleh nak jangka akan bersalin normal atau pembedahan.

"Apa-apa pun, saya harapkan semua peminat dapat mendoakan saya serta bayi dalam kandungan dalam keadaan yang sihat," ujarnya.

Sarimah mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama pada 1 Februari lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga dengan kerabat Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar.

Sarimah dan Tunku Nadzimuddin mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015.

Sarimah Ibrahim

Artikel Lain