suria

“Saya memang suka lagu Kisah Seorang Biduan” - Agong berkenan ziarah jenazah Allahyarham Dahlan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan solat jenazah penyanyi Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin di Masjid Saidina Abu Bakar As- Siddiq, Bangsar hari ini. -fotoBERNAMA

PEMERGIAN penyanyi popular era 1970-an Datuk Dahlan Zainuddin disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat industri muzik Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut mencemar duli memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham bertitah bahawa Dahlan memberi contoh yang baik kepada masyarakat sepanjang hidupnya.

Baginda juga mengakui meminati lagu-lagu Allahyarham terutama Kisah Seorang Biduan.

“Saya memang minat dengan lagu-lagunya terutama Kisah Seorang Biduan. Dia juga seorang yang baik.

“Saya memang sukakan lagu Kisah Seorang Biduan. Ia mencerminkan bagaimana orang muda ketika era 1970-an yang berhijrah dari desa ke bandar,” titah baginda.

ARTIKEL BERKAITAN: Dahlan Zainuddin meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Dahlan masih koma, “Kami sekeluarga reda, tolong doakan dia cepat sembuh”

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengaminkan doa ketika berkenan hadir menunaikan solat jenazah penyanyi Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin di Masjid Saidina Abu Bakar As- Siddiq, Bangsar.

Solat jenazah diimamkan Ketua Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Mohd Faizul Mohd Razali di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Dalam pada itu, baginda bertitah mengenali Allahyarham sejak muda dan beberapa kali mengundang arwah membuat persembahan.

“Saya harap ramai lagi yang akan mencontohinya untuk menaikkan nama artis tempatan dan lagu-lagu yang boleh diketengahkan.

Dahlan meninggal dunia pada pukul 9.48 malam di Hospital Selayang akibat serangan angin ahmar.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, Kuala Lumpur selepas Zohor  pada Khamis.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri iaitu Datin Effa Rizan dan tiga orang cahaya mata iaitu Natasha Idha, Mohd Danial dan Nur Athinia Innes.

Dahlan Zainuddin

Artikel Lain