PENGUMUMAN terbaharu penyedia perkhidmatan langganan 'video on demand' (VOD) dari Malaysia, dimsum pastinya menggembirakan peminat drama Korea Selatan (K-Drama). Untuk pengetahuan anda, dimsum telah melancarkan kandungan VOD mereka yang dibawakan khas dari saluran Oh!K sejak 2017. Oh!K sememangnya banyak menyiarkan seleksi K-Drama yang bukan sahaja bakal menyentuh hati anda, malah ia juga bakal mengukir senyuman buat para penonton. Antara yang akan ditayangkan termasuklah My Secret, Terrius, Less than Evil, Partners for Justice, Bad Papa, Hide and Seek, Jang Geum, Oh My Grandma 2018 MBC Music Festival. Malah, banyak lagi K-Drama lain yang akan dilancarkan sepanjang tahun ini yang mana ia boleh ditonton menerusi platform ini. Lebih mengujakan, ia bukan sahaja tersedia dalam bahasa Korea, malah penonton tempatan juga boleh memilih untuk menonton dalam bahasa Mandarin termasuklah bantuan sari kata dalam beberapa bahasa lain. Mengulas hal itu, Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim berkata, dia teruja untuk menyediakan kandungan berkenaan kepada penonton serantau. "Kami gembira dengan kolaborasi ini untuk mengembangkan lagi kandungan menerusi dimsum. "Servis terbaharu ini menawarkan karya-karya popular dan menghiburkan dari Oh!K," katanya lagi. Untuk pelanggan dimsum, mereka boleh mengakses Oh!K menerusi laman web atau aplikasi telefon perkhidmatan itu.