suria

“Belah kami tiada yang gemuk” - Rita Rudaini rimas netizen sibuk tanya kenapa anak kurus

Rita perjelas isu anak kurus.

RIMAS dengan persolan yang sering dibangkitkan netizen khususnya mengenai keadaan fizikal anak-anaknya, pelakon Rita Rudaini akhirnya tampil menjawab isu berkenaan.

Rita, 43, berkata hal itu berikutan faktor genetik ahli keluarganya yang tidak gempal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa adik tak ada daddy?” - Rita Rudaini sebak jawab soalan anak keduanya

ARTIKEL BERKAITAN: “Sedih lihat anak dipujuk bapa orang lain” - Rita Rudaini

"Sebelum tidur anak-anak memang minum susu. Orang cakap kenapa kurus? Dah keturunan badan belah-belah kami tak ada yang gemuk.

"Doktor cakap jangan risau, selagi mereka aktif tanda mereka sihat, katanya.

Rita memuat naik entri berserta kapsyen.

Aktres itu menjawab persoalan yang sering ditujukan netizen kepadanya di laman Instagram selepas memuat naik sekeping foto berserta kapsyen pada Selasa.

Dalam pada itu, Rita berkata rupa fizikal seseorang tidak menggambarkan keadaan kesihatan seseorang itu.

"Tak semestinya gemuk itu sihat, kurus itu sakit," ujarnya.

Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.

Hasil daripada perkahwinan tersebut pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, yang kini di bawah jagaan Rita.

Artikel Lain