PENYANYI Azharina memberitahu dia terpaksa menutup perniagaan menjual kepak (dipanggilnya sayap) ayam madu disebabkan masalah pekerja. Menurut Azharina, 34, tiga pekerja kedainya ditangkap pihak Imigresen sebelum dia sempat menguruskan permit pekerjaan mereka. "Saya terpaksa tutup sebab ada masalah pekerja. Saya baru nak uruskan permit kerja untuk pekerja saya, tapi tak sempat nak buat. "Sebab imigresen datang ke kedai dan tangkap mereka. Sekali tiga orang pekerja saya kena angkut dan sekarang tak tahu mana nak cari lagi,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sayap’ ayam madu Azharina laris Azharina membuka kedai di bazar Festival Putrajaya sepanjang Ramadan. Bagaimanapun, Azharina berkata, dia membuka kedai menjual kepak itu di bazar Festival Putrajaya sepanjang Ramadan. Sebelum ini, Azharina tidak menyangka perniagaan menjual kepak ayam madu yang dilakukan hanya suka-suka mendapat sambutan. Kata Azharina, dia dan rakan kongsinya, Ani mula berniaga di restoran sahabat mereka di Puchong pada Ogos tahun lalu. Dalam pada itu, Azharina mendedahkan dia hampir di tahan wad hospital akibat diserang gastrik ketika sedang berpuasa baru-baru ini. Azharina diserang gastrik dan muntah tak henti. Kata penyanyi lagu Elegi Sepi ini, dia terpaksa berada di wad kecemasan selama beberapa jam disebabkan muntah tidak henti. "Baru-baru ini saya ditimpa dugaan apabila diserang gastrik yang teruk dan perlu berada di wad kecemasan untuk beberapa jam juga. "Mungkin ini dugaan bulan Ramadan buat saya dan sepatutnya kena tahan wad sebab saya tujuh kali muntah tak henti. "Begitu seksa ketika itu tapi Alhamdulillah, semuanya dah okey sekarang. Mudah-mudahan dosa saya dihapuskan," ujarnya.