suria

“Tak salah bermimpi, dulu saya mulakan dengan angan-angan” - Neelofa tercalon dalam Influencer Award 2019 Monaco

Neelofa tercalon dalam anugerah Influencer Award 2019 di Monaco

PENGACARA dan pelakon Neelofa mencipta sejarah apabila tercalon dalam anugerah Influencer Award 2019 yang akan berlangsung pada 5 dan 6 Oktober di Monaco.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, berkata, dia teruja dan akan mengambil peluang itu untuk meluaskan rangkaian jenamanya.

"Sejujurnya saya tidak menyangka akan tercalon dalam anugerah berprestij yang dikelola oleh keluarga Diraja ini. Malah saya juga tercalon dan akan bersaing bersama nama-nama besar lain dari seluruh pelusuk dunia yang terkenal dalam bidang perniagaan.

Neelofa cipta sejarah individu dari Malaysia pertama tercalon dalam anugerah Influnecer Award.

"Namun saya enggan mengharapkan apa-apa kemenangan setakat ini dan sudah cukup bersyukur bakal bertemu individu-individu penting dalam bidang perniagaan sekaligus mengembangkan rangkaian saya," kata Neelofa.

Ini merupakan penganjuran kali kedua anugerah Influencer Award 2019 Monoco selepas diadakan tahun lalu.

Dalam pada itu, usahawan terkenal ini juga berharap pencalonannya dalam anugerah tersebut bakal memberi inspirasi kepada usahawan muda di Malaysia.

"Tidak salah untuk bermimpi, satu ketika dahulu saya mulakan semua ini dengan hanya angan-angan.

"Saya harap pencalonan ini dapat memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa menyimpan angan-angan besar dan sentiasa mencari peluang dalam apa sahaja yang mereka lakukan," tambahnya.

Neelofa mahu beri inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.

Antara pemenang bagi penganjuran tahun lalu termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Gaya Hidup) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Artis Mekap).

neelofa

Artikel Lain