suria

“Tahniah... moga kekal ke jenjang pelamin, akhir hayat” - Afieq Shazwan ‘cuak’ netizen sangka sudah bertunang dengan Wani Kayrie

Peminat sangka Afieq dan Wani Kayrie bertunang.

SELEPAS puas membiarkan netizen membuat spekulasi tentang kononnya Afieq Shazwan dan Wani Kayrie bertunang secara rahsia, penyanyi muda ini akhirnya membuka mulut bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros, 22, berkata gambar yang tular di media sosial adalah sekitar majlis pertunangan kakaknya yang berlangsung pada Jumaat.

Afieq dan Wani dikatakan sedang hangat bercinta.

"Sebenarnya ia adalah majlis pertunangan kakak saya yang berlangsung pada Jumaat lalu. Namun tak sangka pula kehadiran Wani yang turut memeriahkan majlis mengundang spekulasi bahawa kami bertunang.

"Bukannya mahu mengelak untuk menjawab soalan rakan-rakan media, jauh sekali sebagai gimik dengan mendiamkan diri selama dua hari, namun saya dan Wani terlalu sibuk dengan beberapa sesi rakaman sebaik sahaja majlis pertunangan kakak saya berlangsung," katanya.

"Tahniah... moga kekal ke jenjang pelamin, akhir hayat.

"Betul ke ni? Saya menangis. Tapi tahniah, saya doa yang baik-baik," kata beberapa netizen di Instagram.

Hubungan istimewa penyanyi lagu Darjat itu dengan Wani mula dihidu pihak media sejak mereka menyertai program Big Stage tahun lalu.

Dalam pada itu, Afieq berkata keluarganya sudah mengenali Wani sejak mereka sama-sama membesar dan ia bukan kali pertama dia membawa Wani bertemu keluarganya.

Majlis pernikahan kakak Afieq yang berlangsung pada Jumaat.

"Keluarga sudah lama mengenali Wani dan kehadirannya pada malam itu sekadar memenuhi jemputan rumah terbuka yang kami adakan serentak dengan majlis pertunangan kakak.

"Ramai juga yang tanya bila pula giliran untuk kami bertunang, namun biarlah kami habiskan pelajaran masing-masing sebelum memikirkan tentang alam pertunangan mahupun perkahwinan," katanya.

afieq shazwan, wani kayrie

Artikel Lain