HANYA disebabkan ego, hubungan keluarga selebriti Amy Search dan Nabila Huda berhadapan kemelut berpanjangan hingga terputus hubungan sejak beberapa tahun. Bagaimanapun menurut Nabila, dia akhirnya mengambil keputusan untuk menundukkan ego demi memulihkan masalah yang timbul antara dia dan ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau Nourish. “Saya boleh katakan yang kami sebenarnya ego. Ya, memang saya nak dengar mereka minta maaf pada saya kerana selama ini hanya saya yang cakap sorry. ARTIKEL BERKAITAN: “Berderai air mata... aku peluk dia kuat-kuat” - Amy Search kongsi detik indah bertemu Nabila Huda ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tiri Nabila Huda lega sengketa berakhir... “Maaf kurang beri perhatian dan dengar masalah kamu” “Ibu tiri saya ada menghantar mesej meminta saya memikirkan mengenai kebaikan yang dilakukannya. Takkan saya langsung tak nampak? “Lepas baca, automatik saya fikir... kenapa saya hanya fikir jahat orang? Kenapa tak fikir kebaikan mereka? Saya pun taknak jadi seperti orang lain,” katanya kepada mStar. Nabila tidak mahu membiarkan kemelut antara keluarga terus berpanjangan. Nabila ditemui pada majlis pelancaran program realiti muzikal komedi terbaharu, Muzikal Lawak Superstar di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Isnin. Bercerita lanjut mengenai hubungan dengan bapanya yang kembali erat, Nabila berkata dia enggan memanjangkan kemelut yang tercetus sebelum ini. “Saya tak mahu kemelut ini berterusan... Saya hanya nak habiskan masa dengan papa sampai hembusan terakhir dia. “Saya minta maaf atas apa yang telah saya lakukan selama ini. Saya tak boleh terima jika saya dan papa berjauhan dan bergaduh begini. “Walaupun saya gembira dengan kehidupan sebelum ini, tetapi saya rasa masih ada yang tak cukup. Keluarga saya belum lengkap tanpa papa,” ujarnya. Masalah yang timbul antara Nabila dengan Amy dan isterinya, Nourish akhirnya berjaya diselesaikan dengan baik. Selain itu kata Nabila, masalah yang timbul sebelum ini mungkin disebabkan salah faham. “Ada benda yang saya rasa betul dan mungkin mereka juga rasakan benda sama. Mungkin mereka fikir apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan tetapi sebenarnya ia keburukan kepada saya. “Apabila sampai sahaja rumah papa pagi itu, saya terus ucapkan selamat hari raya kepadanya. “Raut wajahnya pada waktu itu adalah sangat bermakna dan bernilai bagi saya. Senyumannya seperti bidadari dari syurga. Saya terus peluk dan cium dia,” katanya.