suria

“Tak boleh kongsi tip sebab saya pun pernah cerai” - Nora dan Nedim utamakan komunikasi untuk jaga hubungan

Nora berkongsi tip kebahagiaan rumah tangga bersama Nedim.

PELAKON Nora Danish memberitahu komunikasi merupakan kunci kebahagian dalam sesebuah rumah tangga.

Nora, 38, berkata, kegagalan daripada perkahwinan pertama juga menjadikan dia dan suaminya Nedim lebih matang dan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida, Ariff cerai talak satu - “Saya gembira dengan perceraian ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff sering curang... Bella Astillah akhirnya diceraikan talak satu

"Saya tak boleh sangat nak kongsi tip sebab saya sendiri pun pernah bercerai sebelum ini. Rasanya belum mampu untuk bercakap mengenainya.

"Komunikasi adalah sangat penting kegagalan sebelum ini menjadikan kami lebih serius dan sentiasa berusaha untuk berbaik dan bukannya lari dari masalah," katanya kepada mStar.

Nora diminta mengulas mengenai berita perceraian beberapa orang selebriti sejak kebelakangan ini yang menjadi perhatian netizen.


Nora bergambar kenangan bersama suami dan anak-anak.

Bagaimanapun, Nora tidak menafikan pergaduhan dan salah faham adalah lumrah dalam sesebuah rumah tangga.

Manakala, perceraian adalah jalan terakhir yang terpaksa diambil oleh mana-mana pasangan yang sudah tiada jalan penyelesaian.

"Sama ada selebriti atau bukan kes cerai-berai memang sangat banyak di mahkamah.

"Saya sendiri yang sudah hampir dua tahun berkahwin pun masih mencuba untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga dan berusaha menjadi yang terbaik untuk pasangan kita.

"Pergaduhan, salah faham itu perkara biasa yang akan berlaku. Cuma saya dan Nedim perlu jadi lebih matang," ujarnya.

Rumah tangga yang dibina merupakan perkahwinan kedua buat mereka.

Pasangan romantik ini berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat kedua-dua mereka.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Neqayl.

Sebelum ini Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram berusia 10 tahun.

Namun bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013 dan memiliki seorang anak lelaki, Mohamed Nedrin yang kini berusia 10 tahun.


Nora Danish, cerai

Artikel Lain