suria

“Hanya saya dan Fizo sahaja tahu, rasa apa yang kami lalui sekarang ini” - Mawar minta henti spekulasi rumah tangga bergoncang

Mawar minta netizen henti membuat spekulasi mengenai rumah tangganya dengan Fizo.

SELEPAS beberapa hari berdiam diri, isteri kepada pelakon dan usahawan Fizo Omar iaitu Mawar Abdul Karim tampil meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi terhadap keadaan rumah tangga yang sedang dialaminya.

Mawar, 30, berkata, masalah rumah tangga yang dihadapi itu seharusnya diuruskan oleh mereka dan ibu bapa sahaja tanpa campur tangan pihak lain.

"Di sini bagi saya sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasangan biar la hanya suami isteri dan jika tidak seeloknya hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizo sedia naik mahkamah... “Apa jua yang terjadi Mawar tetap ibu kepada anak kami”

"Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain. Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yang berlaku sebelum atau kehadapan tiada tanggapan negatif terhadap pasangan kita.

Mawar mengakui rumah tangga dia dan Fizo berdepan dengan masalah.

"Hanya saya dan Fizo saja tahu, rasa apa yang kami lalui sekarang ni," tulisnya di Instagram pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mawar berkata, apa yang sedang dilalui adalah ujian berat buat mereka.

Bagaimanapun, Mawar pasti ada jalan penyelesaian terbaik untuk dugaan tersebut.

"Benar, semua mengimpikan kebahagian,mempunyai keluarga 'kehidupan sendiri' dalam perkahwinan, impikan kebahagia dunia akhirat serta mendapat barokah.

"Mungkin ini ujian berat untuk saya dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan, jodoh, ajal dan maut semua di tangan Tuhan," katanya.

Mawar dan Fizo akan buat yang terbaik untuk anak mereka.

Fizo sebelum ini mengakui terkejut apabila dimaklumkan isterinya sudah mendapatkan nasihat peguam namun mengakui rumah tangganya berhadapan dengan masalah.

Bagaimanapun, Fizo dalam satu kenyataan di laman sosialnya memberitahu akan terus mengekalkan hubungan baik dengan Mawar demi anak mereka, Wan Maryam yang baru berusia dua tahun.

Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata bernama Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Fizo Omar, Mawar Abdul Karim

Artikel Lain