suria

Adam Corrie nafi berhenti berlakon kerana jadi ustaz… “Ada pihak sebarkan cerita palsu hingga kurang tawaran”

Adam menegaskan dia masih mahu aktif dalam bidang lakonan biarpun banyak terima jemputan berkongsi pengalaman kehidupannya di masjid.

PELAKON Adam Corrie memberitahu ada pihak yang menyebarkan cerita mengatakan dia tidak lagi berminat dalam bidang lakonan disebabkan sudah menjadi ustaz.

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 51, berkata dia menyedari perkara itu daripada individu tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ujian Ramadan Adam Corrie... Baju dijual tiada sambutan, isteri dan anak pula sakit

"Saya masih terima tawaran watak antagonis tapi kurang, tak tahu kenapa. Saya ada dengar 'mulut-mulut' jahat kata saya dah jadi ustaz, ulama dan tak nak berlakon.

Adam banyak terima jemputan untuk berkongsi pengalaman penghijrahannya di masjid-masjid.

"Mungkin disebabkan itu ada produksi berfikiran saya sudah tidak lagi berlakon sedangkan saya tak pernah cakap saya dah berhenti.

"Ada seorang hamba ni pun terkejut melihat saya di set penggambaran sebab ada orang beritahu dia saya sudah tidak berlakon sebab jadi ustaz," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon filem KL Gangster itu juga menegaskan dia tidak pernah 'demand' seperti yang didakwa segelintir pihak.

Adam terkejut ada produksi menawarkan bayaran yang sangat rendah.

Menurutnya, dia terkejut masih ada lagi produksi yang memberi tawaran untuk berlakon dengan bayaran yang sangat rendah.

"Saya tak pernah demand tapi saya sendiri tak tahu apa maksud 'demand' itu tapi janganlah hina Saya dengan bayaran yang begitu rendah.

"Saya bukan budak baru atau pelakon baru nak bina nama. Bagi saya, bayaran itu perlulah sama rata dengan pengalaman seseorang itu dalam bidang lakonan," ujarnya.

Adam Corrie

Artikel Lain