suria

‘Perang’ 2 tahun Azwan Ali, Sheila Rusly tamat di rumah Maria Tunku Sabri

AZWAN enggan memanjangkan sengketa antara dia dan Sheila Rusly.

PERSENGKETAAN selama dua tahun antara pengacara Azwan Ali dan penerbit Sheila Rusly akhirnya menemui titik noktah apabila kedua-dua mereka bersemuka bagi menjernihkan keadaan.

Menurut Azwan, dia yakin penerbit drama itu ikhlas dan tidak berpura-pura menerima permohonan maaf daripadanya.

"Alhamdulillah walaupun macam tak percaya tapi saya bersyukur dapat bertemu dengan Sheila dan memohon maaf kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Diva AA anggap dakwaan video seks ujian terbesar buat abang, “Azmin perlu berani bersihkan namanya”

"Dia pun tak nampak fake, saya yakin dia sudah maafkan. Saya harap pihak lain berhenti melaga-lagakan kami," kata Azwan kepada mStar.


Pertemuan antara Sheila dan Azwan diaturkan oleh Shahora serta Maria.

Azwan sebelum ini memberi kritikan 'pedas' terhadap drama terbitan syarikat milik Sheila iaitu Misteri Wan Peah menerusi laman sosialnya pada 2017.

Kritikan tersebut telah mengundang rasa kurang senang Sheila dan juga suaminya yang merupakan pengarah drama tersebut, Azman Yahya atau Jinggo.

Bercerita mengenai pertemuan bermakna itu, Azwan berkata dia berterima kasih dua rakan selebriti iaitu Sharifah Shahora dan Maria Tunku Sabri yang mengaturkannya.

Biarpun pada awalnya Azwan menyangkakan rakannya itu sekadar bergurau namun dia terkejut dapat bertentang mata dengan Sheila yang ketika itu hadir berseorangan.

Pada mulanya saya ingat Shahora bergurau, tapi tiba-tiba Sheila muncul di depan mata... saya memang terkejut dan tergamam.

AZWAN ALI

PENGACARA

"Shahora dan Maria yang nak sangat saya berbaik dengan Sheila. Saya ingin berterima kasih kepada mereka berdua yang mengaturkan pertemuan tersebut.

"Pertemuan itu diadakan di rumah Maria di Taman Melawati baru-baru ini. Ketika itu, ada beberapa artis lain juga di sana.

"Shahora ada beritahu Sheila nak datang dan pada mulanya saya ingat dia bergurau, tapi tiba-tiba Sheila muncul di depan mata... saya memang terkejut dan tergamam.

"Kecaman yang saya lemparkan kepadanya agak teruk dan sebab itu saya mahu minta maaf kepada Sheila dan Jinggo," ujarnya.

Azwan Ali, Sheila Rusly

Artikel Lain