suria

“Lagu tak sedap mana tapi dimainkan” - Hattan terkilan stesen radio pilih bulu, kecewa tiada lagi ruang berkarya

Datuk Hattan terkilan stesen radio 'pilih bulu' putar lagu.

PENYANYI Datuk Hattan meluahkan perasaan sedih dan kecewa apabila terdapat beberapa stesen radio tempatan bersikap pilih bulu terhadap lagu-lagu yang ingin dimainkan.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 55, berkata, ia berlaku gara-gara stesen radio terlalu memikirkan soal rating sehingga tiada ruang buat dirinya untuk berkarya.

ARTIKEL BERKAITAN: Black Sangkal Bersikap Biadab Terhadap Hattan

ARTIKEL BERKAITAN: Syukur! Hattan & Nash Dapat Kerjakan Haji

“Buat single bukan murah. Boleh mencecah RM10,000 tetapi radio pula terlampau memikirkan rating semata.

“Masih ramai artis lama yang mempunyai permintaan dalam pasaran, berilah kami peluang untuk berkarya.

“Janganlah buat syarat mengatakan mereka boleh pusing satu lagu sahaja,” katanya kepada mStar.


Hattan mempersoalkan lagu kurang berkualiti yang dimainkan pihak radio.

Hattan ditemui pada sidang media KL Rhythm Nitez, Konsert Rockestra Lagenda di Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Rendang Tak Berbuah ini turut mempersoalkan lagu-lagu artis baharu yang dianggap tidak mempunyai kualiti tetapi dimainkan berulang kali.

Nak ikutkan banyak lagu-lagu lama lebih berkualiti, artis yang lebih berbakat daripada penyanyi baharu.

DATUK HATTAN

Penyanyi

“Segelintir artis baharu yang lagu mereka tak sedap mana tetapi tetap dimainkan di radio.

“Nak ikutkan banyak lagu-lagu lama yang lebih berkualiti, artis yang lebih berbakat daripada penyanyi baharu.

“Sudahlah tu, lagu penyanyi sekarang semua nak 'meleweh' sahaja,” ujarnya.

Hattan, BBNU

Artikel Lain