suria

“Walau 10 kali buat hal... terpulang diri sendiri nak maafkan atau tidak” - Aliff 'masuk' IG live Bella Astillah

Bella tenang melayan soalan bekas suami Aliff Aziz di IG Live.

REAKSI tenang Bella Astillah ketika menjawab dan melayan pertanyaan bekas suaminya penyanyi Aliff Aziz ketika membuat siaran langsung (IG Live) di Instagram mencuri perhatian netizen.

Tindakan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 25, membalas beberapa soalan daripada bekas suaminya menggambarkan seolah-olah tiada dendam antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:  “Ya Allah satukanlah jodoh kami” - Aliff Aziz mahu rujuk Bella semula

ARTIKEL BERKAITAN: “Aliff bijak, cuma imannya kurang” - Bella Astillah rayu bantu Aliff Aziz, jangan sorak gembira

Menerusi siaran langsung pada malam Khamis itu, Bella turut menjawab salam dan meminta peminatnya menyapa Aliff.

Bella tenang melayan soalan dari bekas suami dan peminatnya.

Bella turut meminta Aliff menyanyikan lagu Indonesia Hanya Rindu nyanyian Andmesh Kamalan yang menjadi lagu kegemaran bekas suaminya itu ketika ini.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan pengikut Instagram berkaitan peluang kedua kepada Aliff, Bella berkata, setiap keputusan untuk memberi peluang adalah mengikut kemampuannya sendiri tanpa desakan mana-mana pihak.

"Tak kisah lah berapa peluang sekalipun... kalau rasa kita mampu maafkan orang, kita maafkan. Tak perlu dengar cakap orang.

"Cuma biasalah, setiap manusia ada tahap kesabaran masing-masing.

"Walaupun 10 kali buat hal... semuanya terpulang pada diri kita sendiri," ujarnya.

Bella akhirnya nekad meneruskan kehidupan bersama anak mereka tanpa Aliff.

Sikap Bella itu mendapat pujian ramai netizen yang mengagumi ketabahan serta sifat sabar wanita itu.

Bagaimanapun ada segelintir netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Aliff yang disangka hanya mahu meraih perhatian dan berusaha mencuri hati Bella semula.

Untuk rekod, Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei lalu.

Pelakon itu sebelum ini pernah beberapa kali kantoi curang sehingga Bella akhirnya nekad meneruskan kehidupan bersama anak mereka tanpa Aliff.

Aliff Aziz, Bella Astillah

Artikel Lain